Followers

Untittled





dibenci itu perkara biasa,
kita cuma perlu senyum tanpa berkata apa-apa.


kerana,,,
bila kita nampak silap orang, orang pon begitu juga.
memang lumrah manusia itu selalu buat salah.
mana mungkin seorang itu boleh puaskan hati semua..

kita semua ada sejarah hidup sendiri,
kisah silam yang membina diri kita hari ini.
ada yang boleh dicerita, ada yang tak boleh dikongsi,
ada cerita yg diberitahu pun tiada yang memahami,
lebih baik simpan untuk diri sendiri.



buruk perangai orang kita tak boleh nak ubah.
kalau tak boleh terima baik kita blahh,,
kita semua manusia biasa, masing2 ada cara lepaskan perasaan kita,,
aku tak halang kau nak mengutuk mengata,
kalau rasa nak mengata pergi jauh dari pandangan mereka
dan elakkan sampai ke pengetahuan mereka..



tapi dalam adat berkawan pula berbeza,
kita berkawan, kita berkongsi,
buruk dia kita terima seikhlas hati,
atau kalau ada yang tak puas hati, 
bgtau dengan mulut sendiri,
jangan simpan dalam hati,,
nanti lain pula yang jadi..
jangan lepaskan disana sini
bila sampai ke pengetahuan dye nanti,
silap silap kawan pon dah tak boleh nak jadi..



membisu



mana yang boleh dipercaya,
mana yang hanya manis dimulut sahaja,,
mana yang hanya boleh bergembira bersama,
mana yang boleh berkongsi cerita,,,,,,,,,,,

aku mungkin masih muda,
baru nak mengenal dunia atau apa-apa sahaja mereka nak kata,
tapi ada jenis manusia yang aku boleh menilai sesenangnya



kerana selalu membisu dan memencil diri,
aku selalu memerhati dari tepi,
boleh kenal hanya dengan cara mereka bertutur kata...

walaupun ada pepatah kata jangan menilai hanya dengan luaran sahaja,
aku percaya dengan luaran manusia mengajar kita untuk berjaga-jaga
walaupun agama menuntut untuk kita bersatu sesama umat manusia
tapi bagi aku itu hanya boleh dituruti bila semua manusia mematuhi nilai2 murni ajaran agam kita.


p/s: mereka yang selalu memerhati tahu apa yang aku tahu

setahun....



resah hati, rebah diri,,,
kau belum boleh aku lupakan lagi


perit rasa ini, jantung bagai terhenti,,
waktu itu masih terpahat dihati
kau perlakukan aku kejam sekali
bila aku percayakan kau sepenuh hati.
setahun berlalu, memori pahit itu masih aku ingat lagi
rasa yang kau tinggal aku mati..


bicara




berbicara ada caranya,
nak bertegur ada nadanya,
kalau marah ada bunyinya,
lain nada lain maksudnya.
bila di telefon lain pula caranya
bertutur dengan lelaki lain mukadimahnya
dengan perempuan perlu kena dengan caraanya
kita kena faham keadaan sekeliling kita
jangan campur adukkan semuanya.
bukan semua orang boleh terima.
kau pon tak suka bila orang sergah kau tiba tiba.


berbicara kena ada budi bahasa
jangan sesuka hati lemparkan kata kata yang tak sepatutnya
takut nanti ada hati yang terluka
ataupun mana mana pihak yang memendamkan rasa
berbicara biarlah berpada-pada
lembutkan lidah bertutur kata, jaga hati sesama kita adalah tuntutan agama
marah dengan kata kata kesat tidak membuatkan kau kelihatan hebat.




hormat



dulu aku belajar, hormat itu pada orang yang lebih tua
dulu aku belajar, hormat itu terletak pada jiwa
lain orang lain rasa hormatnya, lain orang lain pandangan mereka
semua bergantung pada diri kita

hormat itu tak boleh dipaksa
hormat itu bukan pada pangkat dan nama
hormat itu berbeza-beza

tapi sepnjang perjalanan aku untuk dewasa,
yang aku nampak bukan hormat tapi pura pura
bila yang perlu dihormat itu yang berkuasa
bila yang perlu dihormat itu yang ada pangkat dan nama
bila yang perlu dihormat itu orang yang kaya-kaya sahaja

boleh aku tahu apa kau rasa bila orang tunduk pada pangkat yang kau ada?
atau apa kau bangga bila orang sujud kerana kekayaan yang kau ada?
mungkinkah kau rasa hebat bila mereka mengangguk saja pada kau kerana kuasa?
kerana jika kau tanya aku, aku malu jika aku hanya dihormat atas perkara remeh begitu saja.

hormat yang pura-pura, hormat yang dipaksa
teruk dunia ini aku rasa
tak kira bangsa, agama ataupun mana mana negara,
merata rata begitulah sistemnya
semuanya dibuat bukan mengikut ajaran agama


kita tinggal dibawah bumbung yang sama


maaf aku luahkan disini
aku tak tahu mana lagi nak pergi
untuk meluahkan rasa tak puas hati ini
kerana mereka semua pekak dan tuli
bila aku tegur mereka buat tak ambil peduli

kita tinggal dirumah yang sama
aku harap kau faham juga
aku tak minta wang atau permata
cuma aku mahu kita bekerjasama
sama sama jaga rumah kita
supaya bersih dan kita semua selesa

aku tak berniat nak sakitkan hati siapa siapa
tapi rumah kita bukan kita yang duduk saja
kita ada penduduk yang tak seagama
kita ada kawan yang berlainan bangsa
kita pun datang dari tempat yang berbeza
sama2 kita cuma tumpang ditempat orang sahaja
kita datang membawa imej diri kita

aku cuma tak suka rumah yang kotor, itu sahaja
dari kecil aku hidup diantara dua bangsa
ayah aku melayu dan mak aku cina
ingat dulu masa mama mengajar aku untuk dewasa
"jangan buat perangai melayu." katanya
lagipun dulu aku sekolah cina
pelbagai lagi tentang orang melayu yg mereka selalu hina
dulu aku kecil tak faham apa-apa
aku cuma turutkan saja
kadang2 apa mereka kata aku cuma angguk kepala


kini aku duduk ditempat orang
aku cuma sebagai penumpang
ramai yang seperti aku disini
aku bergaul dengan pelbagai orang disini

maaf jika permintaan aku terlalu tinggi
tapi kita ada bangsa lain dirumah ini
tambahan pula dia memang orang sini
aku tak mahu pandangan dia terhadap melayu teruk sekali
aku tak suka kalau dye menilai orang semenanjung itu dan ini
mungkin dia tak luahkan tapi siapa tahu apa yg ada dalam hati

walaupun aku anak kacukan aku tetap berbangsa melayu
aku kini faham apa yang mama katakan sebelum ini
pandangan mama terhadap orang melayu ni teruk sekali
aku cuma mahu hapuskan pandangan buruk orang terhadap melayu seperti kita ini

jaga kebersihan juga tuntutan agama
aku tahu aku tak berapa nak layak cerita pasal agama
aku tahu aku kadang2 pun tak berapa nak rajin buat kerja
tapi sekurang kurangnya kawasan yg kita berkongsi bersama itu biarlah bersih belaka
bilik air, dapur dan ruang tamu terumtamanya.

mungkin selama ini aku tegur tak kena caranya
aku tahu aku ni kurang petah nak berbahasa berbunga bunga
aku selalu keluarkan kata kata yang tak sepatutnya
bahasa aku kasar tak semena mena
mungkin ada antara kita yang tak boleh terima
tapi aku rimas dengan keadaan rumah kita
sering saja semak dan kotor di dapur terutamanya.
aku harap betul kita boleh bersama sama jaga kebersihan rumah kita.



aku mahu






aku cuma mahu hidup dengan cara sendiri tanpa gangguan pendengki.
aku cuma mahu jalani hari hariku sama seperti remaja lain di universiti
aku cuma mahu merasa budaya lain disini tak bermaksud aku dah hilang identiti diri
aku cuma mahu rumah itu bersih kerana disitu aku hilangkan rasa letih
aku cuma mahu dunia yang aman tiada pergaduhan lagi


aku cuma diri aku, aku kecil didunia ini tapi aku ada cita cita sendiri aku mahu hidup aku dipenuhi kawan2 dikeliling aku dan bukannya penyibuk yang selalu cari salah aku apatah lagi mereka yang suka cari gaduh. 

cemburu





cemburu membunuh dalam senyap

cemburu membunuh sebuah persahabatan

cemburu membunuh semua rasa hormat

cemburu itu musuh paling dekat

cemburu itu musuh yang sangat ketat

cemburu, sebab asal suatu pergaduhan.

cemburuh itu berbahaya
namun ramai yang telah terjerat dalamnya.

bangang





bangang itu bila pegang pangkat sikit terus angkat hidung sampai cecah langit

bangang itu bila orang yang rasa berkuasa dan terus menerus menindas orang

bangang itu adalah tidak boleh terima teguran dan terus menerus melakukan kesalahan

bangang itu ialah setelah tahu kesalahan sendiri tetapi tidak mahu berubah

bangang itu bila menggunakan barangan hak orang lain tetapi menyombong tak tentu hala

bangang itu bila terlalu kisah tentang orang lain lalu diri sendiri tidak terurus

bangang itu bila manusia diberikan akal untuk berfikir, 
tetapi tetap memilih untuk menggunakan mulut untuk membuat keputusan.

bangang itu bila manusia diberi jalan yang lurus,
tetapi memilih untuk mengikut nafsu dan melencong ditengah jalan.

buang yang keruh, ambil yang jernih





another year past and everything  we did will be counted
lets take whats good, and left the bad behind
hope this year will be better than last year.
salam maal hijrah. 
May the year 1434H bring us more barakah. :)



Istanbul, Aku Datang- a note for you





it is a pretty cool movie. worth to watch.
and here' i have a note for you....
one day, if u've fallen for someone, i recommend you to watch this movie.
and focus on the character of Azad. 
just a little concern before karma hit you. :)

asignment



esaimen memerlukan aku menemu ramah pencuci di kawasan universiti
satu demi satu soalan aku tanyakan
seorang demi seorang aku berkenalan

bertuah.itu yang aku rasa
bertuah aku mempunyai hidup yang sempurna
bertuah aku masih mempunyai ibu bapa
bertuah aku diberi peluang untuk mengejar cita cita.



menindas.



kadang-kadang kita tak sedar apakah kita sedang menindas orang
kadang-kadang kita terasa mengapakah kita ditindas
pendekkan kata tindas-menindas ini adalah tidak baik.
jadi mengapa kita perlu melakukan sesuatu jika ia tidak membawa faedah..

menindas yang lemah tidak akan pernah membuat kita jadi lebih kuat



lepaskan






bila di tengah jalan kau lepaskan tangan
kau tinggalkanku keseorangan...
kini aku kebingungan....



aku rindu kau dan kenangan
aku kini hidup dalam kegelapan
aku rindu perasaan bila kau berdampingan.



karma


when u've been betrayed, or hurt,,
or maybe having broken heart,,
never complain, never blame,,
just smile and thank them for making you realise
about not to trust, and be cautios
when you open your heart again


.


p/s: kadang kala manusia leka dan sering menyakiti namun mereka lupa encik karma tetap menanti.

janji ditepati




bajet 2013, janji ditepati,
propaganda melanda lagi
taktik nak menang undi
aku ingin lihat nanti betapa liciknya kerajaan sendiri
kepimpinan tidak lagi berkualiti
menang bukan atas dasar pemimpin itu sendiri
tapi atas janji-janji yang ditaburi
diri mereka yang mereka didahului, rakyat jelata diletak ke tepi.

nota buat bakal suami.



awak,
saya sedang berusaha cuba untuk perbaiki diri
harap awak boleh bersabar dan terus menanti.

awak,
saya janji saya akan siapkan diri
yang terbaik untuk awak dan anak-anak kita nanti.

awak,
saya yang dulu hidup dalam kegelapan,
bergaul tanpa batasan, bersuka ria tanpa sempadan,
halal haram tak tahu nak bezakan.

awak,
maafkan saya tak tahu jaga diri,
maafkan saya terlalu ikut hati,
maafkan saya leka dan terlupa awak akan hadir dalam hidup saya suatu hari nanti.

awak,
saya tahu saya banyak buat salah pada masa dulu
harap awak masih sudi terima diri ini kelak

awak,
sementara saya mempersiapkan diri
harap awak dapat jalankan hidup dengan baik
sama-sama bersiap untuk masa depan kita,
insyaallah bila tiba masanya nanti
kita akan diketemukan, dan ketika itu,
sambutlah saya dengan hati terbuka
terimalah semua kekurangan saya
jadikanlah saya yang halal buat awak selamanya.

awak,
andai tidak kesampaian jodoh kita
andai antara kita ada yang hidup tak lama
andai hubungan kita tidak berpanjangan
saya mohon awak maafkan saya,
sama-sama kita redha dengan semuanya
sama-sama telah kita usaha dan berdoa kepadaNYA
andai rancangan kita masih tidak menjadi
kita berserahlah kepada ilahi
kerana DIA maha mengetahui.



curang





curang itu tiada paksaan

curang itu tak perlukan alasan

curang itu melambangkan ketidaksetiaan

curang itu memberi rasa yang amat siksa.

sunyi






sunyi bukan pada suasana
tapi sunyi pada jiwa
bila semua menjadi tudak bermakna,
bila senyum tidak lagi terukir,
bila kau tiada di sisi.


aku sunyi tiada tempat untuk berkongsi cerita
gembira gelak tawa tiada lagi bermakna bila kau tiada bersama
semuanya berubah sekelip mata
bila kau izinkan pihak ketiga antara kita.



tips rambut gugur.




 
rambut kita gugur dalam anggaran 120 hingga 150 helai sehari.
ada tak sesiapa yang rambutnya mudah gugur?
sekali sikat rambut berpuluh puluh helai rambut melekan dekat sikat?

ada sesetengah orang kulit rambutnya tidak kuat untuk menggenggam rambut. kulit kepala sebegini tidak sesuai untuk bela rambut panjang. untuk mengetahui jenis rambut ini ialah apabila rambut basah. rambut yang basah adalah lebih berat berbanding rambut kita ketika kering. jika rambut anda gugur dengan banyak ketika basah. rambut anda adalah dalam kategori ini.

ada jenis kulit kepala yang rongganya lebih besar, ini menyebabkan rambut mudah gugur.

bagi wanita, sudah pastinya keguguran rambut merupakan satu masalah. siapa yang nak nampak rambut botak ye tak? bila mandi penuh rambut atas lantai. pantang usik rambut sikit penuh rambut kat tangan.

untuk mengatasi rambut gugur:

gunakan shampoo yang sesuai.
gunakan shampoo harifall control yang sesuai dengan kulit kepala.

minyak zaitun.
sapukan dua hingga tiga sudu minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur dan basuhnya selepas bangun tidur.

kulit kayu manis dan madu.
serbuk kayu manis dan madu dicampurkan untuk dijadikan shampoo. basahkan rambut sebelum sapukan shampoo buatan kita sendiri tu.

minyak kelapa.
sapukan minyak kelapa ke atas kepala setelah mandi. ia membantu melebatkan rambut.





dua puluh sen




masa kita kecik, 20 sen boleh buat beli chokichoki, sambil jalan pergi sekolah sambil nikmati cokolat sampai melekat kat celah gigi. nak beli pemadam pokemon nak bertarung pemadam dengan kawan-kawan. nak beli kad tepuk, main masa cikgu takde dalam kelas.

masa kat asrama, 20 sen tu bernilai buat kumpul banyak2 nak telefon mak ayah kat rumah, telefon boipren bergayut sampai belakang beratur panjang. untuk beli air 'gedegang' buat hilang dahaga lepas aktiviti petang.

dekat universiti, 20 sen tetap bernilai nak buat dobi baju kat bawah blok. nak beli top up 5ringgit kat koperasi ada extra charge 20 sen. nak bayar denda lambat pulang buku kat library sebab esaimen yang memerah otak.




sekarang? sekarang 20 sen itu untuk tampung duit rokok. yang dulunya harga 10 ringgit, sekarang meningkat jadi 10 ringgit 20 sen. yang sebelum ni 5 ringgit, jadi 5 ringgit 20 sen. 20 sen yang dulu2 abang2 terjumpa dalam kocek lalu hulurkan kat adik konon2 belanja gula-gula kini menjadi duit beli rokok. 20 sen itu masih lagi berguna, tapi untuk kegunaan yang membazir.


rasa ini




aku rasa terlalu banyak salah faham antara kita.
mungkin kita perlu berbincang atau bersidang satu meja antara dua.
encik kekasih hati, mengapa semua ini terjadi?
benarkah semua yang terjadi ini salah aku yang menanti?
kenapa bukan salah kau yang mengkhianati?
aku terfikir kenapa kedua pihak masih tidak puas hati?
mungkin ada hal kita yang belum selesai lagi.
sampai kedua-dua kita masih berdengki?



aku khuatir apa yang kau dah cerita pada kawan-kawan?
mungkinkah kau kata aku perempuan murahan?
sebab itu aku kau tinggalkan??
mungkin kita berdua perlu redakan kemarahan
dan berhenti dengan semua tuduhan.
perkara ini sudah hampir 10 bulan
aku dan kau kini hanya kenangan
cukuplah semua yang kita pendamkan
boleh ke perasaan lama kita hapuskan??

kalau berpisah itu pilihan hati,
kenapa semua masalah dulu masih terpendam lagi?
kalau masih ada hati,
mengapa kita tidak boleh bersama lagi?
aku tak mengharap apa-apa lagi
cuma aku tak suka kita begini
masing-masing dengan ego sendiri,
saling mengata sesama sendiri
tiada siapa mahu menyerah diri
dan meminta maaf atas kesalahan diri
aku ada harga diri
bukankah kau juga mahu jaga namabaik diri??
mengapa tidak kita bersua sekali
untuk hapuskan persengketaan ini??
beri satu jawapan yang pasti sebelum menghala ke jalan sendiri.






the smile on Monday morning.








aku sering rindu
sering tertunggu tunggu
andai saja kau tahu

bb mati semalaman
aku pun malas nak pedulikan
tak sangka dapat kejutan
kalau aku tahu semalam juga bateri bb aku penuhkan.



terima kasih untuk senyuman di pagi isnin yang ketat ini :)

menjadi lebih matang






hari demi hari umur semakin meninggi. aku cuma harap dapat menjadi diri sendiri yang lebih baik berbanding sebelum ini. sambil menanti apa yang akan terjadi yang disusun oleh oleh NYA yang maha mengetahui. aku terima semua ujian yang diberi, insyaallah aku akan tabah hadapi apa jua ujian yang bakal tiba kelak hari. 


20 tahun 1 hari.




semalam aku bersendiri lagi, 
walaupun tidak mengharap namun aku ternanti nanti.
blackberry usang di tangan sentiasa diperhati,
pantang lampu merah berkelip lantas aku tekan papan kekunci,

tapi apa aku dapat? kosong... 

mungkin kau dah lupa, tapi tidak mengapa.
aku bukan lagi siapa siapa,
cuma aku rindu kau di sana,
aku tahu kau sedang sibuk belajar.
semoga peperiksaan kau berjalan lancar.



dua puluh tahun dan satu hari umur aku hari ini.
syukur ke hadrat illahi aku masih bernafas lagi. :)


for real??







dunia penuh pancaroba



manusia ini pelbagai kerenahnya
aku suka duduk di sudut dan perhatikan saja
ada jenis yang bermuka-muka,
ada jenis yang suka pijak kepala
aku hanya mampu geleng kepala
memikirkan apa sebenarnya mahu mereka.




senyum ketawa bersama sama
ada yang ikhlas ada yang berpura pura
aku pun melayankan saja
sambil menilai diri mereka.







aku tahu aku pun tak sempurna
tapi aku pelik dengan sesetengah manusia
yang sanggup menindas demi pangkat dan nama
demi kepujian semata mata
adakah mereka kurang kasih sayang keluarga?
atau ada masalah di dalam jiwa?

aku perasan semua tingkah laku mereka
namun aku tetap berdiam saja
malas aku masuk campur dalam dunia yang pura pura
aku cuma mahu hidup seperti biasa
hidup tanpa gangguan sesiapa.

you shouldn't



you shouldn't promise
if you don't know how long you can stay.
you shouldn't give hope
if you can't full fill it.
you shouldn't care
if you prefer to leave someday.
you shouldn't touch
if you tend to let go.
you shouldn't do this,
you shouldn't act this way,
you shouldn't come near,
you shouldn't touch the heart.
you shouldn't . you shouldn't . you shouldn't .

dihina



jangan takut dihina
jangan takut dicaci,
jangan takut dimaki.

jangan takut dengan kata kata manusia
manusia yang sering saja tidak berpuas hati.

apa mereka rasa apa kau rasa?
pernah mereka menangis kerana sakitnya diri kita?
mereka sebenarnya tidak berhak berkata apa apa.

teruslah kita maju
dengan apa yang kita ada,
mengejar apa yang kita mahu.

jangan toleh kerana cacian,
jangan patah balik kerana hinaan.





awkward.



awkward itu bila perlu berdepan dengan kamu,
kamu yang suatu ketika dahulu amat bermakna bagi aku.

awkward itu bila kita perlu pura2 seperti tiada apa yg pernah berlaku,
sedangkan terlalu banyak memori yang menghantui aku.

awkward itu satu perasaan,
perasaan aku yang cuba melawan perasaan.

awkward itu pelik,
dan pelik itu awkward.


dalam mencari kesempurnaan,,,




dalam mencari kesempurnaan,,
kita byk lakukan kesilapan,,



dalam melakukan kesilapan,
baru kita sedar,,
tiada kesempurnaan tanpa kesyukuran,,

dalam perjalanan utk kesedaran ini,,
kita tak tahu kita dah banyak melukai,,
orang orang sekeliling kita.




Dear Crush





May i have u for a while..?
I need smeone to cheer me up..
Then u dont have to worry..
Just stay still in front of me..
Then let me smile on my own..
It is enough to be like that..
I know i look like a freak..
Just stay away if u dont like it..
But please dont avoid urself from my sight..
I still need u to make me smile..
I know im nothing to own u..
At least im smething to have that feeling..
Im sorry if i annoy u..
I promise not to appear in front of u again then..
Will just be behind of u..
Then watch ur move,
see ur smile..
So dat i can laugh
all on my own..
Im not obsess with u..
It jst dat I LOVE THE WAY U ARE..







Merdeka55



kita perlu ingat
segala kejayaan yang kita capai hari ini
adalah hasil pengorbanan dan perjuangan
pendekar-pendekar kita suatu ketika dahulu...


kita perlu ingat
bukan senang kita dapat kecapi kemerdekaan ni
sbb tu kita kena jaga dengan baik
jangan sampai porak peranda negara tercetus lagi.

kita perlu ingat
hidup ni tak boleh pentingkan diri
kemerdekaan yg kita sambut hari ini
biarlah kekal sampai anak cucu kita nanti.



SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN 

HAPPY 55 BIRTHDAY MALAYSIA!!!


S A Y A S A Y A N G M A L A Y S I A



Whatever you do, you need courage. 
Whatever course you decide upon,
there is always someone to tell you that you are wrong.
There are always difficulties arising 
that tempt you to believe your critics are right. 
To map out a course of action and follow it 
to an end requires some of the same courage that a soldier needs
Peace has its victories, but it takes brave men and women to win them.

kata kata ni laa selalau buat nisa bersemangat,,
and,,,,,,, yg highlight tu...

peace has its victories......
but what happen now a day,,
peace is not more important 
for those selfish people out there
they pick up fight, make up war,,
 just for little single reason,,
and we all have to suffer,,
then we regret that we don't appreciate peace we had,,
but it just too late,,

dear lovely malaysians,,
we already own the victory,,
what else do we want??
don't be silly, dont be greedy,,
appreciate what we have.

dear lovely malaysians,,
do you know how much other countries jealous with us??
we lives in harmony and peace,,
but what happen now??

dear lovely malaysians,,
somehow, somewhere people make mistakes,
and so do government ,,
they are not perfect just like us..

dear lovely malaysians,,
tell me how you change world by protest??
do you ever think rebel really work??
nothing you can change,,
you're just make it worse,

dear lovely malaysians,,
lets think this way..
no protest, no rebel, no fighting, no war,,
lets work the '1 MALAYSIA'
we do our part, let government do their part,,
we help each other,, remind each other,,
together we work,, build stronger interconnection,,
between society and government.
for me, for you, for us, for society, for MALAYSIA. 
let the victory belong to us FOREVER. :)

Kau Munafik!!



Kau sering tegur tentang agama,
Tetapi kau tak langsungkan perkara yg utama,
Mana pergi tanggungjawab kau yg sepatutnya menyara keluarga?
Kau sebenarnya tak berhak bersuara.

Kau selalu kutuk masyarakat di luar sana,
Kau kata kehidupan mereka hina,
Apa kau dah cukup sempurna?
Dengan diri kau yang serba tak guna.

Kau selalu menghina politik Negara ,
Sedangkan kau tak mampu pun nak tanggung keluarga,
Pernah kau fikir seketika?
Kalau kau diletakkan di tempat pemimpin kita?

kau munafik!! Itu saja yang aku boleh kata,
aku sedar aku pon tak sempurna,
tp sekurang kurangnya aku berusaha,
maaf aku tak berniat, aku cuba tahan tp tak berdaya.



memori


memori itu manis, 
memori itu indah.

memori itu sakit,
memori itu perit.

memori membawa sejuta rasa,
memori memberi sejuta makna.
memori itu berharga.
memori itu tiada tandingan nilainya.

kertas renyuk



kertas renyuk seribu kedutan
takkan kembali kemas walaupun digosok

kertas renyuk dicelup air,
bagaikan tambah minyak didalam api.

kertas renyuk jadi serpihan,
itulah hati selepas memberi kepercayaan.

kertas renyuk itu kelihatan tiada guna
kertas renyuk iu selalu dipandang hina

tapi kalau kertas renyuk itu duit??

walaupun koyak disambung semula,
masih lagi orang mahu.


gagal

gagal itu bukan pilihan,
kerana tiada siapa yang inginkan gagal.

gagal itu bukan mainan,
kerana gagal boleh mengundang maut.

gagal itu bukan dalam tangan,
gagal itu adalah takdir ketentuan ilahi
apabila setelah kita berusaha,
gagal itu adalah caraNYA untuk membantu
agar kita lebih tabah, terus bangkit dan maju kehadapan
tanpa melupakan diriNYA.
Allah itu sentiasa ada, dia maha pengasih juga maha penyayang.


Don't say sorry. Ure still number one.



Dato Lee Chong Wei won silver medal and still sorry for us? what Malaysians say??
He did no wrong.he struggled & done a great job.yet he said sorry for no mistake.he's Malaysians' hero



"With an Olympic silver medal, in one night, he made us all unite."

"You're such an inspiration. Because of you, Malaysians become closer than ever. Who needs gold?"

"I'm sorry/ Don't be. U already made us all proud. Tonight once again all of us unite as M'sian watching u."

"Dato' Lee Chong Wei you don't owe us anything. we are so lucky to have you. congratz on the double silver. proud of you."

 and this!! 


and even this!!

"Skill win you medals (LinDan) but attitude win hearts (Datuk Lee Chong Wei) " ESPN commentator.





We all Malaysians are proud of you. 

Thank you for this unforgettable moment.



p/s: semua kt atas ni copy paste. kata kata daripada rakyat malaysia untuk Dato Lee Chong Wei :')

olympic opening ceremony in london


Olympic XXX is now open in london.
olimpik 2012 dah bermula dengan pembukaan yang meriah pada jam malaysia 4.30 pagi tadi.



opening dye dimeriahkan dengan pelbagai persembahan pentas,,
204 negara, 29 sukan, 400 acara.
and now this is the beginning.


wink wink!! itu dye jalur gemilang kita,,,
let us pray and wish all the best for our athlete. 
semoga berjaya bawak balik banyak banyak maddle. :)

bayaran bonus setengah bulan gaji = raya sakan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dan RM500 untuk pesara.
err,, pelajar IPTawam tak dapat diskaun yuran 50% jugak ke? #eh demand lebih je nisa ni.

so apa lagi?? senyum lebar lebar lah kakak, abang, makcik, pakcik,,
bajet drpd nak beli 2 pasang baju raya boleh up sikit jadi 3,4,5 pasang :))
harap2 duit raya pon hulur laa banyak sikit ye, boleh tolong saya bayar yuran U.
heheee :p

Review Blog : Bulan Ramadhan


saya blogwalking saya jumpa saya bosan saya join
ikut sedap jari type sesuka hati.
click banner untuk join okayhh!!
sampai 30 julai je tau uolls.

Solat Tarawikh- parents please take note




taknak bebel panjang, cuma nak bagi arahan kuarentin kanak-kanak selama sebulan. #eh. 
note untuk parents yang ada anak kecil: masjid, surau bukan taman permainan. 
so please keep your children at home masa pergi tarawikh. or else dorang menangis, menjerit, bermain dalam kawasan masjid sangat mengganggu orang lain nak solat. mana taknya,, mak ayah pergi solat 8.30 sampai pukul 11 belum tentu habis,, mana ada budak boleh tahan duduk lelama tercongok kat tepi ye dop? so instead of anak anak awak mengganggu jemaah tengah solat, better keep them at home. :)