Followers

Allah maha berkuasa.


base on what happened to me today,
kuasa Allah itu ternampak jelas,
nikmat yang diberi, boleh ditarik dlm sekelip mata.
jadi tiada sebab untuk kita kufur dengan nikmatNYA.
tiada sebab untuk kita tidak bersyukur dengan setiap pemberianNYA.
aku belajar semalaman, menghafal, memahami,
namun tiada apa pun yang dapat aku jawab pd peperiksaan keesokan harinya.
kalau ikutkan tak smpi sehari pon,aku tidur pukul 4 pagi, exam pukul 9 pagi.
aku mengeluh, aku marah dengan diri sendiri,kerana tidak dapat jawab peperiksaan,
aku marah kerana aku bodoh, aku marah kerana terlalu yakin pada mulanya.
aku terduduk kaku memikirkan jawapan, namun tidak satu pun dapat aku ungkaikan.
satu jam telah berlalu, namun tiada apa yang tertulis dikertas jawapan.
titisan air mata mengalir jatuh membasahi kertas, aku menangis, 
15 minit lagi kertas akan dikutip, kertas aku masih kosong,
ku lihat kiri kanan, semua sedang jawab dengan yakin,esei mereka menjangkau 3-4 muka surat.
namun aku masih terdiam mencari jawapan.
sejenak itu aku terfikir, mungkinkah ini balasan untuk aku,
aku yang sering kufur dengan nikmatNYA, aku yang sering leka dengan suruhanNYA,
sekarang ditunjukkan terang dan jelas.
nikmat itu ditarik sekelip mata. daya ingatan serupa seperti orang tua.
segala yang dipelajari semua terlupa.
pada ketika itu juga, pada waktunya aku memerlukan pengetahuan itu,
pada detik aku sedang menjawab peperiksaan itu juga aku terlupa.
kertas peperiksaan telah mula dikutip, aku redha menghantar kertas kosong.
semua yang berlaku adalah atas kuasa Allah SWT.
aku bersyukur, kejadian hari ini telah menyedarkan aku,
bangunkan aku dari kelekaan duniawi. :')
sesungguhnya Allah itu maha berkuasa.

0 comments:

Post a Comment