Followers

azam baru




seperti tahun tahun sebelum ini,
tahun baru sering dikaitkan dengan azam baru.
azam yang dipasang adalah demi kebaikan,
untuk dicapai sebagai cabaran kepada diri sendiri.
tapi perlukah azam dicipta hanya pada tahun baru?
apakan kebesaran tahun baru itu,
jika kita boleh berazam disetiap waktu yang berdetik?
tahun baru hanyalah untuk menyedarkan kita, 
tentang setahun lagi yang telah berlalu,
menyedarkan kita, setahun lagi umur meningkat,
dewasa semakin menghampiri.
menyedarkan kita untuk hargai orang tua
yang setahun lagu telah bertambah usianya.
bukanlah tahun baru itu untuk disambut hingga lupa diri,
bukanlah tahun baru untuk memasang azam semata mata,
cukuplah sekadar memasang azam untuk menjadi lebih baik daripada tahun lepas,
berazam untuk berjasa kepada orang tua lebih dari tahun lepas.
dimana azam lain boleh dipasang pada bila bila masa.



berazam haruslah mencapai azamnya itu,
berazam biarlah sebagai kata semangat,
berazam biarlah bersertakan usaha,
berazam biarlah bersertakan doa.



0 comments:

Post a Comment