Followers

kaulah ratu hatiku.





setiap tahun tanggal 29 mac,
aku bersyukur ke hadrat illahi,
kerana aku masih ada mama untuk setahun lagi.

setiap tahun tanggal 29 mac,
aku berdoa kepada tuhan,
semoga dipanjangkan umur mama,
dengan tubuh badan yang sihat buat mama.

kerana aku sentiasa adalah anak kecil mama,
hingga aku terlupa umur mama semakin menigkat,
kerana masih ada hutang yang aku perlu bayar pada mama,
kerana pentingnya mama buat kami sekeluarga.

sejak lahir mama yang menjaga,
sejak lahir mama yang membimbing,
dengan hati hati, dengan penuh kasih sayang,
agar sempurna perjalanan hidup aku.

 perngorbanan mama itu terlalu banyak,
berharap dapat aku membalas,
dengan kata kata, dan perbuatan,
dengan segala kudrat yang aku ada,
semoga mama sentiasa bahagia.


mama itu idola aku,
mama itu watak utama hidupku,
mama itu ratu hatiku,
mama itu segalanya bagiku.

ya allah, kau selamatkanlah mama,
berikan mama balasan sebaikbaiknya,
atas kasih sayang yang dilimpahkan,
berikanlah pahala yang besar buat mama,
atas didikan yang telah diberikan.

happy birthday mama. :)






always love




0 comments:

Post a Comment