Followers

sang lelaki




dia yang kau kejar
dia yang kau mahu
kerana menariknya dia, yang sering buat semua tertarik,
menawannya rupanya
membuat hati kau memberontak mahukan dia


pelbagai cara kau cuba untuk memikat hati si gadis jelita
kata kata manis kau lempar
dan besertakan hadiah dan mawar merah
kau dedikasi kan lagu lagu indah penuh bermakna
tingkah laku serupa si pujangga


bingo! kini kau berjaya memilikinya
kini kau lah segalanya bagi dia
namun kau pula berubah
kau perlakukan dia seperti boneka
setelah sepenuhnya dia percaya
pelbagai alasan kau cuba
semata mata untuk mengelak dia
ternyata kau mahu dia hanya suka suka
kini tiada lagi dia berani percaya kepada sang jejaka
gara gara kau seorang sahaja.


mengapa lelaki?
kau sering permainkan wanita lemah seperti kami??

0 comments:

Post a Comment