Followers

Selamat Hari Guru

guru umpama menanam benih ilmu pengetahuan
dimana ianya tumbuh mekar selamanya.
guru, kau lah mentor di hatiku selamanya.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



bila mulanya langkah pertama ke sekolah,
perjalanan umpama jauh berjuta batu,
seolah olah tidak larat untuk menuju kehadapan,
kerana hadapan itu tidak nampak penghujungnya.

namun sekrang aku berjaya berada disini,
jauh sudah perjalanan yang ditempuh,
masa berlalu sepintas kilat,
masih teringat memori dibangku sekolah.

kejayaaan yang boleh dibanggakan ini,
adalah dibawah didikan yang rapi,
atas galakan dan petunjuk darimu,
terima kasih ku ucapkan kepada guru.

guru, kau insan yang mulia
kau adalah peranan penting dalam hidupku,
dalam membentuk dan membimbing,
tidak terbalas jasamu itu,
kau lah yang ku sanjung selalu.

marilah kita menyambut 16 Mei ini,
memberi penghormatan dan penghargaan,
buat warga pendidik pembina negara,
jasamu guru adalah tidak terhingga.


khas buat cikgu yang tak pernah putus asa dalam mendidik,,
special thank to mama, Cikgu Sakinah Ho Abdullah,,,, 





0 comments:

Post a Comment