Followers

aku punya persoalan yang tiada berjawapan


dalam hati lain
yang diluahkan lain pula.

mengapa mudah benar hubungan itu rosak
sedangkan untuk membina memakan masa?

mengapa sering bergaduh,
sedangkan dalam hati masih ada sayang?

mengapa perlu berdendam
jika perkara boleh dibawa berbincang?

mengapa mesti saling membenci
apabila kita sebenarnya saling memerlukan?

mengapa busuk hati manusia?
mengapa dengan sikap manusia yang suka bertelagah?
mengapa mesti pentingkan ego berbanding persahabatan?
mengapa harus kemenangan itu berpihak kepada syaitan?

0 comments:

Post a Comment