Followers

aku rindu zaman dulu dulu



once upon a time, 
there was a world where people live in peace....

ceritanya macam nenek 70 tahun 
yang rindu kan zaman peperangan jepun,,
ahh!! aku tak tua sebegitu,, 
tapi aku tetap rindu zaman dulu dulu,,
aku manusia zaman era 90-an
tak cukup tua untuk cerita zaman jajahan,,
yang aku rindu itu zaman ketenangan,
zaman malaysia disanjung atas keharmonian
antara semua bangsa, dan zaman teguhnya politik menawan,,

kini dunia semakin kucar kacir,
bergaduh, berperang dan membunuh,
darah dan nyawa bagai tiada harga,
manusia sekarang semakin gila,
politik negara juga sama,,
betul, salah sukar untuk percaya

rakyat kini perlu bagaimana
supaya negara aman semula

fitnah tersebar merata rata
semuanya semata demi harta dan nama
apa manusia dah lupa ada syurga neraka
yang tak pernah menilai berapa emas kau ada
sungguh aku rindu zaman dahulu kala...


1 comments:

Apple said...

Kita punya mimpi sama
kenangan indah dahulu kala
politik bersih tiada cela
bangsa berbeda makan semeja

pelan2 semua berubah
tokoh lama menjadi sampah
yang jahil memerintah
yang benar dijadikan penjenayah

takde dah nilai syurga neraka
yang ada hanya harta dunia
kuasa dan dosa seiring bersama
memimpin kepada kehancuran kita

agaknya rakyat kena bangun kot
mengundi masa PR kot
pilih pemimpin dan bukan parti kot
jangan tertipu dengan dakyah palsu kot

Post a Comment