Followers

tips rambut gugur.




 
rambut kita gugur dalam anggaran 120 hingga 150 helai sehari.
ada tak sesiapa yang rambutnya mudah gugur?
sekali sikat rambut berpuluh puluh helai rambut melekan dekat sikat?

ada sesetengah orang kulit rambutnya tidak kuat untuk menggenggam rambut. kulit kepala sebegini tidak sesuai untuk bela rambut panjang. untuk mengetahui jenis rambut ini ialah apabila rambut basah. rambut yang basah adalah lebih berat berbanding rambut kita ketika kering. jika rambut anda gugur dengan banyak ketika basah. rambut anda adalah dalam kategori ini.

ada jenis kulit kepala yang rongganya lebih besar, ini menyebabkan rambut mudah gugur.

bagi wanita, sudah pastinya keguguran rambut merupakan satu masalah. siapa yang nak nampak rambut botak ye tak? bila mandi penuh rambut atas lantai. pantang usik rambut sikit penuh rambut kat tangan.

untuk mengatasi rambut gugur:

gunakan shampoo yang sesuai.
gunakan shampoo harifall control yang sesuai dengan kulit kepala.

minyak zaitun.
sapukan dua hingga tiga sudu minyak zaitun ke kulit kepala sebelum tidur dan basuhnya selepas bangun tidur.

kulit kayu manis dan madu.
serbuk kayu manis dan madu dicampurkan untuk dijadikan shampoo. basahkan rambut sebelum sapukan shampoo buatan kita sendiri tu.

minyak kelapa.
sapukan minyak kelapa ke atas kepala setelah mandi. ia membantu melebatkan rambut.





dua puluh sen




masa kita kecik, 20 sen boleh buat beli chokichoki, sambil jalan pergi sekolah sambil nikmati cokolat sampai melekat kat celah gigi. nak beli pemadam pokemon nak bertarung pemadam dengan kawan-kawan. nak beli kad tepuk, main masa cikgu takde dalam kelas.

masa kat asrama, 20 sen tu bernilai buat kumpul banyak2 nak telefon mak ayah kat rumah, telefon boipren bergayut sampai belakang beratur panjang. untuk beli air 'gedegang' buat hilang dahaga lepas aktiviti petang.

dekat universiti, 20 sen tetap bernilai nak buat dobi baju kat bawah blok. nak beli top up 5ringgit kat koperasi ada extra charge 20 sen. nak bayar denda lambat pulang buku kat library sebab esaimen yang memerah otak.




sekarang? sekarang 20 sen itu untuk tampung duit rokok. yang dulunya harga 10 ringgit, sekarang meningkat jadi 10 ringgit 20 sen. yang sebelum ni 5 ringgit, jadi 5 ringgit 20 sen. 20 sen yang dulu2 abang2 terjumpa dalam kocek lalu hulurkan kat adik konon2 belanja gula-gula kini menjadi duit beli rokok. 20 sen itu masih lagi berguna, tapi untuk kegunaan yang membazir.


rasa ini




aku rasa terlalu banyak salah faham antara kita.
mungkin kita perlu berbincang atau bersidang satu meja antara dua.
encik kekasih hati, mengapa semua ini terjadi?
benarkah semua yang terjadi ini salah aku yang menanti?
kenapa bukan salah kau yang mengkhianati?
aku terfikir kenapa kedua pihak masih tidak puas hati?
mungkin ada hal kita yang belum selesai lagi.
sampai kedua-dua kita masih berdengki?



aku khuatir apa yang kau dah cerita pada kawan-kawan?
mungkinkah kau kata aku perempuan murahan?
sebab itu aku kau tinggalkan??
mungkin kita berdua perlu redakan kemarahan
dan berhenti dengan semua tuduhan.
perkara ini sudah hampir 10 bulan
aku dan kau kini hanya kenangan
cukuplah semua yang kita pendamkan
boleh ke perasaan lama kita hapuskan??

kalau berpisah itu pilihan hati,
kenapa semua masalah dulu masih terpendam lagi?
kalau masih ada hati,
mengapa kita tidak boleh bersama lagi?
aku tak mengharap apa-apa lagi
cuma aku tak suka kita begini
masing-masing dengan ego sendiri,
saling mengata sesama sendiri
tiada siapa mahu menyerah diri
dan meminta maaf atas kesalahan diri
aku ada harga diri
bukankah kau juga mahu jaga namabaik diri??
mengapa tidak kita bersua sekali
untuk hapuskan persengketaan ini??
beri satu jawapan yang pasti sebelum menghala ke jalan sendiri.






the smile on Monday morning.








aku sering rindu
sering tertunggu tunggu
andai saja kau tahu

bb mati semalaman
aku pun malas nak pedulikan
tak sangka dapat kejutan
kalau aku tahu semalam juga bateri bb aku penuhkan.



terima kasih untuk senyuman di pagi isnin yang ketat ini :)

menjadi lebih matang






hari demi hari umur semakin meninggi. aku cuma harap dapat menjadi diri sendiri yang lebih baik berbanding sebelum ini. sambil menanti apa yang akan terjadi yang disusun oleh oleh NYA yang maha mengetahui. aku terima semua ujian yang diberi, insyaallah aku akan tabah hadapi apa jua ujian yang bakal tiba kelak hari. 


20 tahun 1 hari.




semalam aku bersendiri lagi, 
walaupun tidak mengharap namun aku ternanti nanti.
blackberry usang di tangan sentiasa diperhati,
pantang lampu merah berkelip lantas aku tekan papan kekunci,

tapi apa aku dapat? kosong... 

mungkin kau dah lupa, tapi tidak mengapa.
aku bukan lagi siapa siapa,
cuma aku rindu kau di sana,
aku tahu kau sedang sibuk belajar.
semoga peperiksaan kau berjalan lancar.



dua puluh tahun dan satu hari umur aku hari ini.
syukur ke hadrat illahi aku masih bernafas lagi. :)


for real??







dunia penuh pancaroba



manusia ini pelbagai kerenahnya
aku suka duduk di sudut dan perhatikan saja
ada jenis yang bermuka-muka,
ada jenis yang suka pijak kepala
aku hanya mampu geleng kepala
memikirkan apa sebenarnya mahu mereka.




senyum ketawa bersama sama
ada yang ikhlas ada yang berpura pura
aku pun melayankan saja
sambil menilai diri mereka.







aku tahu aku pun tak sempurna
tapi aku pelik dengan sesetengah manusia
yang sanggup menindas demi pangkat dan nama
demi kepujian semata mata
adakah mereka kurang kasih sayang keluarga?
atau ada masalah di dalam jiwa?

aku perasan semua tingkah laku mereka
namun aku tetap berdiam saja
malas aku masuk campur dalam dunia yang pura pura
aku cuma mahu hidup seperti biasa
hidup tanpa gangguan sesiapa.

you shouldn't



you shouldn't promise
if you don't know how long you can stay.
you shouldn't give hope
if you can't full fill it.
you shouldn't care
if you prefer to leave someday.
you shouldn't touch
if you tend to let go.
you shouldn't do this,
you shouldn't act this way,
you shouldn't come near,
you shouldn't touch the heart.
you shouldn't . you shouldn't . you shouldn't .