Followers

dua puluh sen




masa kita kecik, 20 sen boleh buat beli chokichoki, sambil jalan pergi sekolah sambil nikmati cokolat sampai melekat kat celah gigi. nak beli pemadam pokemon nak bertarung pemadam dengan kawan-kawan. nak beli kad tepuk, main masa cikgu takde dalam kelas.

masa kat asrama, 20 sen tu bernilai buat kumpul banyak2 nak telefon mak ayah kat rumah, telefon boipren bergayut sampai belakang beratur panjang. untuk beli air 'gedegang' buat hilang dahaga lepas aktiviti petang.

dekat universiti, 20 sen tetap bernilai nak buat dobi baju kat bawah blok. nak beli top up 5ringgit kat koperasi ada extra charge 20 sen. nak bayar denda lambat pulang buku kat library sebab esaimen yang memerah otak.




sekarang? sekarang 20 sen itu untuk tampung duit rokok. yang dulunya harga 10 ringgit, sekarang meningkat jadi 10 ringgit 20 sen. yang sebelum ni 5 ringgit, jadi 5 ringgit 20 sen. 20 sen yang dulu2 abang2 terjumpa dalam kocek lalu hulurkan kat adik konon2 belanja gula-gula kini menjadi duit beli rokok. 20 sen itu masih lagi berguna, tapi untuk kegunaan yang membazir.


2 comments:

Post a Comment