Followers

dunia penuh pancaroba



manusia ini pelbagai kerenahnya
aku suka duduk di sudut dan perhatikan saja
ada jenis yang bermuka-muka,
ada jenis yang suka pijak kepala
aku hanya mampu geleng kepala
memikirkan apa sebenarnya mahu mereka.




senyum ketawa bersama sama
ada yang ikhlas ada yang berpura pura
aku pun melayankan saja
sambil menilai diri mereka.







aku tahu aku pun tak sempurna
tapi aku pelik dengan sesetengah manusia
yang sanggup menindas demi pangkat dan nama
demi kepujian semata mata
adakah mereka kurang kasih sayang keluarga?
atau ada masalah di dalam jiwa?

aku perasan semua tingkah laku mereka
namun aku tetap berdiam saja
malas aku masuk campur dalam dunia yang pura pura
aku cuma mahu hidup seperti biasa
hidup tanpa gangguan sesiapa.

0 comments:

Post a Comment