Followers

rasa ini




aku rasa terlalu banyak salah faham antara kita.
mungkin kita perlu berbincang atau bersidang satu meja antara dua.
encik kekasih hati, mengapa semua ini terjadi?
benarkah semua yang terjadi ini salah aku yang menanti?
kenapa bukan salah kau yang mengkhianati?
aku terfikir kenapa kedua pihak masih tidak puas hati?
mungkin ada hal kita yang belum selesai lagi.
sampai kedua-dua kita masih berdengki?



aku khuatir apa yang kau dah cerita pada kawan-kawan?
mungkinkah kau kata aku perempuan murahan?
sebab itu aku kau tinggalkan??
mungkin kita berdua perlu redakan kemarahan
dan berhenti dengan semua tuduhan.
perkara ini sudah hampir 10 bulan
aku dan kau kini hanya kenangan
cukuplah semua yang kita pendamkan
boleh ke perasaan lama kita hapuskan??

kalau berpisah itu pilihan hati,
kenapa semua masalah dulu masih terpendam lagi?
kalau masih ada hati,
mengapa kita tidak boleh bersama lagi?
aku tak mengharap apa-apa lagi
cuma aku tak suka kita begini
masing-masing dengan ego sendiri,
saling mengata sesama sendiri
tiada siapa mahu menyerah diri
dan meminta maaf atas kesalahan diri
aku ada harga diri
bukankah kau juga mahu jaga namabaik diri??
mengapa tidak kita bersua sekali
untuk hapuskan persengketaan ini??
beri satu jawapan yang pasti sebelum menghala ke jalan sendiri.






0 comments:

Post a Comment