Followers

kita tinggal dibawah bumbung yang sama


maaf aku luahkan disini
aku tak tahu mana lagi nak pergi
untuk meluahkan rasa tak puas hati ini
kerana mereka semua pekak dan tuli
bila aku tegur mereka buat tak ambil peduli

kita tinggal dirumah yang sama
aku harap kau faham juga
aku tak minta wang atau permata
cuma aku mahu kita bekerjasama
sama sama jaga rumah kita
supaya bersih dan kita semua selesa

aku tak berniat nak sakitkan hati siapa siapa
tapi rumah kita bukan kita yang duduk saja
kita ada penduduk yang tak seagama
kita ada kawan yang berlainan bangsa
kita pun datang dari tempat yang berbeza
sama2 kita cuma tumpang ditempat orang sahaja
kita datang membawa imej diri kita

aku cuma tak suka rumah yang kotor, itu sahaja
dari kecil aku hidup diantara dua bangsa
ayah aku melayu dan mak aku cina
ingat dulu masa mama mengajar aku untuk dewasa
"jangan buat perangai melayu." katanya
lagipun dulu aku sekolah cina
pelbagai lagi tentang orang melayu yg mereka selalu hina
dulu aku kecil tak faham apa-apa
aku cuma turutkan saja
kadang2 apa mereka kata aku cuma angguk kepala


kini aku duduk ditempat orang
aku cuma sebagai penumpang
ramai yang seperti aku disini
aku bergaul dengan pelbagai orang disini

maaf jika permintaan aku terlalu tinggi
tapi kita ada bangsa lain dirumah ini
tambahan pula dia memang orang sini
aku tak mahu pandangan dia terhadap melayu teruk sekali
aku tak suka kalau dye menilai orang semenanjung itu dan ini
mungkin dia tak luahkan tapi siapa tahu apa yg ada dalam hati

walaupun aku anak kacukan aku tetap berbangsa melayu
aku kini faham apa yang mama katakan sebelum ini
pandangan mama terhadap orang melayu ni teruk sekali
aku cuma mahu hapuskan pandangan buruk orang terhadap melayu seperti kita ini

jaga kebersihan juga tuntutan agama
aku tahu aku tak berapa nak layak cerita pasal agama
aku tahu aku kadang2 pun tak berapa nak rajin buat kerja
tapi sekurang kurangnya kawasan yg kita berkongsi bersama itu biarlah bersih belaka
bilik air, dapur dan ruang tamu terumtamanya.

mungkin selama ini aku tegur tak kena caranya
aku tahu aku ni kurang petah nak berbahasa berbunga bunga
aku selalu keluarkan kata kata yang tak sepatutnya
bahasa aku kasar tak semena mena
mungkin ada antara kita yang tak boleh terima
tapi aku rimas dengan keadaan rumah kita
sering saja semak dan kotor di dapur terutamanya.
aku harap betul kita boleh bersama sama jaga kebersihan rumah kita.



aku mahu






aku cuma mahu hidup dengan cara sendiri tanpa gangguan pendengki.
aku cuma mahu jalani hari hariku sama seperti remaja lain di universiti
aku cuma mahu merasa budaya lain disini tak bermaksud aku dah hilang identiti diri
aku cuma mahu rumah itu bersih kerana disitu aku hilangkan rasa letih
aku cuma mahu dunia yang aman tiada pergaduhan lagi


aku cuma diri aku, aku kecil didunia ini tapi aku ada cita cita sendiri aku mahu hidup aku dipenuhi kawan2 dikeliling aku dan bukannya penyibuk yang selalu cari salah aku apatah lagi mereka yang suka cari gaduh. 

cemburu





cemburu membunuh dalam senyap

cemburu membunuh sebuah persahabatan

cemburu membunuh semua rasa hormat

cemburu itu musuh paling dekat

cemburu itu musuh yang sangat ketat

cemburu, sebab asal suatu pergaduhan.

cemburuh itu berbahaya
namun ramai yang telah terjerat dalamnya.

bangang





bangang itu bila pegang pangkat sikit terus angkat hidung sampai cecah langit

bangang itu bila orang yang rasa berkuasa dan terus menerus menindas orang

bangang itu adalah tidak boleh terima teguran dan terus menerus melakukan kesalahan

bangang itu ialah setelah tahu kesalahan sendiri tetapi tidak mahu berubah

bangang itu bila menggunakan barangan hak orang lain tetapi menyombong tak tentu hala

bangang itu bila terlalu kisah tentang orang lain lalu diri sendiri tidak terurus

bangang itu bila manusia diberikan akal untuk berfikir, 
tetapi tetap memilih untuk menggunakan mulut untuk membuat keputusan.

bangang itu bila manusia diberi jalan yang lurus,
tetapi memilih untuk mengikut nafsu dan melencong ditengah jalan.

buang yang keruh, ambil yang jernih





another year past and everything  we did will be counted
lets take whats good, and left the bad behind
hope this year will be better than last year.
salam maal hijrah. 
May the year 1434H bring us more barakah. :)



Istanbul, Aku Datang- a note for you





it is a pretty cool movie. worth to watch.
and here' i have a note for you....
one day, if u've fallen for someone, i recommend you to watch this movie.
and focus on the character of Azad. 
just a little concern before karma hit you. :)

asignment



esaimen memerlukan aku menemu ramah pencuci di kawasan universiti
satu demi satu soalan aku tanyakan
seorang demi seorang aku berkenalan

bertuah.itu yang aku rasa
bertuah aku mempunyai hidup yang sempurna
bertuah aku masih mempunyai ibu bapa
bertuah aku diberi peluang untuk mengejar cita cita.



menindas.



kadang-kadang kita tak sedar apakah kita sedang menindas orang
kadang-kadang kita terasa mengapakah kita ditindas
pendekkan kata tindas-menindas ini adalah tidak baik.
jadi mengapa kita perlu melakukan sesuatu jika ia tidak membawa faedah..

menindas yang lemah tidak akan pernah membuat kita jadi lebih kuat



lepaskan






bila di tengah jalan kau lepaskan tangan
kau tinggalkanku keseorangan...
kini aku kebingungan....



aku rindu kau dan kenangan
aku kini hidup dalam kegelapan
aku rindu perasaan bila kau berdampingan.



karma


when u've been betrayed, or hurt,,
or maybe having broken heart,,
never complain, never blame,,
just smile and thank them for making you realise
about not to trust, and be cautios
when you open your heart again


.


p/s: kadang kala manusia leka dan sering menyakiti namun mereka lupa encik karma tetap menanti.

janji ditepati




bajet 2013, janji ditepati,
propaganda melanda lagi
taktik nak menang undi
aku ingin lihat nanti betapa liciknya kerajaan sendiri
kepimpinan tidak lagi berkualiti
menang bukan atas dasar pemimpin itu sendiri
tapi atas janji-janji yang ditaburi
diri mereka yang mereka didahului, rakyat jelata diletak ke tepi.

nota buat bakal suami.



awak,
saya sedang berusaha cuba untuk perbaiki diri
harap awak boleh bersabar dan terus menanti.

awak,
saya janji saya akan siapkan diri
yang terbaik untuk awak dan anak-anak kita nanti.

awak,
saya yang dulu hidup dalam kegelapan,
bergaul tanpa batasan, bersuka ria tanpa sempadan,
halal haram tak tahu nak bezakan.

awak,
maafkan saya tak tahu jaga diri,
maafkan saya terlalu ikut hati,
maafkan saya leka dan terlupa awak akan hadir dalam hidup saya suatu hari nanti.

awak,
saya tahu saya banyak buat salah pada masa dulu
harap awak masih sudi terima diri ini kelak

awak,
sementara saya mempersiapkan diri
harap awak dapat jalankan hidup dengan baik
sama-sama bersiap untuk masa depan kita,
insyaallah bila tiba masanya nanti
kita akan diketemukan, dan ketika itu,
sambutlah saya dengan hati terbuka
terimalah semua kekurangan saya
jadikanlah saya yang halal buat awak selamanya.

awak,
andai tidak kesampaian jodoh kita
andai antara kita ada yang hidup tak lama
andai hubungan kita tidak berpanjangan
saya mohon awak maafkan saya,
sama-sama kita redha dengan semuanya
sama-sama telah kita usaha dan berdoa kepadaNYA
andai rancangan kita masih tidak menjadi
kita berserahlah kepada ilahi
kerana DIA maha mengetahui.



curang





curang itu tiada paksaan

curang itu tak perlukan alasan

curang itu melambangkan ketidaksetiaan

curang itu memberi rasa yang amat siksa.

sunyi






sunyi bukan pada suasana
tapi sunyi pada jiwa
bila semua menjadi tudak bermakna,
bila senyum tidak lagi terukir,
bila kau tiada di sisi.


aku sunyi tiada tempat untuk berkongsi cerita
gembira gelak tawa tiada lagi bermakna bila kau tiada bersama
semuanya berubah sekelip mata
bila kau izinkan pihak ketiga antara kita.