Followers

kita tinggal dibawah bumbung yang sama


maaf aku luahkan disini
aku tak tahu mana lagi nak pergi
untuk meluahkan rasa tak puas hati ini
kerana mereka semua pekak dan tuli
bila aku tegur mereka buat tak ambil peduli

kita tinggal dirumah yang sama
aku harap kau faham juga
aku tak minta wang atau permata
cuma aku mahu kita bekerjasama
sama sama jaga rumah kita
supaya bersih dan kita semua selesa

aku tak berniat nak sakitkan hati siapa siapa
tapi rumah kita bukan kita yang duduk saja
kita ada penduduk yang tak seagama
kita ada kawan yang berlainan bangsa
kita pun datang dari tempat yang berbeza
sama2 kita cuma tumpang ditempat orang sahaja
kita datang membawa imej diri kita

aku cuma tak suka rumah yang kotor, itu sahaja
dari kecil aku hidup diantara dua bangsa
ayah aku melayu dan mak aku cina
ingat dulu masa mama mengajar aku untuk dewasa
"jangan buat perangai melayu." katanya
lagipun dulu aku sekolah cina
pelbagai lagi tentang orang melayu yg mereka selalu hina
dulu aku kecil tak faham apa-apa
aku cuma turutkan saja
kadang2 apa mereka kata aku cuma angguk kepala


kini aku duduk ditempat orang
aku cuma sebagai penumpang
ramai yang seperti aku disini
aku bergaul dengan pelbagai orang disini

maaf jika permintaan aku terlalu tinggi
tapi kita ada bangsa lain dirumah ini
tambahan pula dia memang orang sini
aku tak mahu pandangan dia terhadap melayu teruk sekali
aku tak suka kalau dye menilai orang semenanjung itu dan ini
mungkin dia tak luahkan tapi siapa tahu apa yg ada dalam hati

walaupun aku anak kacukan aku tetap berbangsa melayu
aku kini faham apa yang mama katakan sebelum ini
pandangan mama terhadap orang melayu ni teruk sekali
aku cuma mahu hapuskan pandangan buruk orang terhadap melayu seperti kita ini

jaga kebersihan juga tuntutan agama
aku tahu aku tak berapa nak layak cerita pasal agama
aku tahu aku kadang2 pun tak berapa nak rajin buat kerja
tapi sekurang kurangnya kawasan yg kita berkongsi bersama itu biarlah bersih belaka
bilik air, dapur dan ruang tamu terumtamanya.

mungkin selama ini aku tegur tak kena caranya
aku tahu aku ni kurang petah nak berbahasa berbunga bunga
aku selalu keluarkan kata kata yang tak sepatutnya
bahasa aku kasar tak semena mena
mungkin ada antara kita yang tak boleh terima
tapi aku rimas dengan keadaan rumah kita
sering saja semak dan kotor di dapur terutamanya.
aku harap betul kita boleh bersama sama jaga kebersihan rumah kita.



1 comments:

Aida Omar said...

alahai kesian dia eh depa tak bersepah2.. dalam hal nie gamaknya nisa lah kena berkorban sikit bersihkan.. lama2 mesti depa malu bil atengok nisa je yang kemaskan. Aida pun pernah kena situasi yang sama.. tapi bila kita berkorban sikit lama2 depa faham dan tak buat lagi. :) chill ea dear..

Post a Comment