Followers

nota buat bakal suami.



awak,
saya sedang berusaha cuba untuk perbaiki diri
harap awak boleh bersabar dan terus menanti.

awak,
saya janji saya akan siapkan diri
yang terbaik untuk awak dan anak-anak kita nanti.

awak,
saya yang dulu hidup dalam kegelapan,
bergaul tanpa batasan, bersuka ria tanpa sempadan,
halal haram tak tahu nak bezakan.

awak,
maafkan saya tak tahu jaga diri,
maafkan saya terlalu ikut hati,
maafkan saya leka dan terlupa awak akan hadir dalam hidup saya suatu hari nanti.

awak,
saya tahu saya banyak buat salah pada masa dulu
harap awak masih sudi terima diri ini kelak

awak,
sementara saya mempersiapkan diri
harap awak dapat jalankan hidup dengan baik
sama-sama bersiap untuk masa depan kita,
insyaallah bila tiba masanya nanti
kita akan diketemukan, dan ketika itu,
sambutlah saya dengan hati terbuka
terimalah semua kekurangan saya
jadikanlah saya yang halal buat awak selamanya.

awak,
andai tidak kesampaian jodoh kita
andai antara kita ada yang hidup tak lama
andai hubungan kita tidak berpanjangan
saya mohon awak maafkan saya,
sama-sama kita redha dengan semuanya
sama-sama telah kita usaha dan berdoa kepadaNYA
andai rancangan kita masih tidak menjadi
kita berserahlah kepada ilahi
kerana DIA maha mengetahui.



1 comments:

saye kerink said...

I like this one!!! GO NISA! ;]

Post a Comment