Followers

Untittled





dibenci itu perkara biasa,
kita cuma perlu senyum tanpa berkata apa-apa.


kerana,,,
bila kita nampak silap orang, orang pon begitu juga.
memang lumrah manusia itu selalu buat salah.
mana mungkin seorang itu boleh puaskan hati semua..

kita semua ada sejarah hidup sendiri,
kisah silam yang membina diri kita hari ini.
ada yang boleh dicerita, ada yang tak boleh dikongsi,
ada cerita yg diberitahu pun tiada yang memahami,
lebih baik simpan untuk diri sendiri.



buruk perangai orang kita tak boleh nak ubah.
kalau tak boleh terima baik kita blahh,,
kita semua manusia biasa, masing2 ada cara lepaskan perasaan kita,,
aku tak halang kau nak mengutuk mengata,
kalau rasa nak mengata pergi jauh dari pandangan mereka
dan elakkan sampai ke pengetahuan mereka..



tapi dalam adat berkawan pula berbeza,
kita berkawan, kita berkongsi,
buruk dia kita terima seikhlas hati,
atau kalau ada yang tak puas hati, 
bgtau dengan mulut sendiri,
jangan simpan dalam hati,,
nanti lain pula yang jadi..
jangan lepaskan disana sini
bila sampai ke pengetahuan dye nanti,
silap silap kawan pon dah tak boleh nak jadi..



membisu



mana yang boleh dipercaya,
mana yang hanya manis dimulut sahaja,,
mana yang hanya boleh bergembira bersama,
mana yang boleh berkongsi cerita,,,,,,,,,,,

aku mungkin masih muda,
baru nak mengenal dunia atau apa-apa sahaja mereka nak kata,
tapi ada jenis manusia yang aku boleh menilai sesenangnya



kerana selalu membisu dan memencil diri,
aku selalu memerhati dari tepi,
boleh kenal hanya dengan cara mereka bertutur kata...

walaupun ada pepatah kata jangan menilai hanya dengan luaran sahaja,
aku percaya dengan luaran manusia mengajar kita untuk berjaga-jaga
walaupun agama menuntut untuk kita bersatu sesama umat manusia
tapi bagi aku itu hanya boleh dituruti bila semua manusia mematuhi nilai2 murni ajaran agam kita.


p/s: mereka yang selalu memerhati tahu apa yang aku tahu

setahun....



resah hati, rebah diri,,,
kau belum boleh aku lupakan lagi


perit rasa ini, jantung bagai terhenti,,
waktu itu masih terpahat dihati
kau perlakukan aku kejam sekali
bila aku percayakan kau sepenuh hati.
setahun berlalu, memori pahit itu masih aku ingat lagi
rasa yang kau tinggal aku mati..


bicara




berbicara ada caranya,
nak bertegur ada nadanya,
kalau marah ada bunyinya,
lain nada lain maksudnya.
bila di telefon lain pula caranya
bertutur dengan lelaki lain mukadimahnya
dengan perempuan perlu kena dengan caraanya
kita kena faham keadaan sekeliling kita
jangan campur adukkan semuanya.
bukan semua orang boleh terima.
kau pon tak suka bila orang sergah kau tiba tiba.


berbicara kena ada budi bahasa
jangan sesuka hati lemparkan kata kata yang tak sepatutnya
takut nanti ada hati yang terluka
ataupun mana mana pihak yang memendamkan rasa
berbicara biarlah berpada-pada
lembutkan lidah bertutur kata, jaga hati sesama kita adalah tuntutan agama
marah dengan kata kata kesat tidak membuatkan kau kelihatan hebat.




hormat



dulu aku belajar, hormat itu pada orang yang lebih tua
dulu aku belajar, hormat itu terletak pada jiwa
lain orang lain rasa hormatnya, lain orang lain pandangan mereka
semua bergantung pada diri kita

hormat itu tak boleh dipaksa
hormat itu bukan pada pangkat dan nama
hormat itu berbeza-beza

tapi sepnjang perjalanan aku untuk dewasa,
yang aku nampak bukan hormat tapi pura pura
bila yang perlu dihormat itu yang berkuasa
bila yang perlu dihormat itu yang ada pangkat dan nama
bila yang perlu dihormat itu orang yang kaya-kaya sahaja

boleh aku tahu apa kau rasa bila orang tunduk pada pangkat yang kau ada?
atau apa kau bangga bila orang sujud kerana kekayaan yang kau ada?
mungkinkah kau rasa hebat bila mereka mengangguk saja pada kau kerana kuasa?
kerana jika kau tanya aku, aku malu jika aku hanya dihormat atas perkara remeh begitu saja.

hormat yang pura-pura, hormat yang dipaksa
teruk dunia ini aku rasa
tak kira bangsa, agama ataupun mana mana negara,
merata rata begitulah sistemnya
semuanya dibuat bukan mengikut ajaran agama