Followers

hormat



dulu aku belajar, hormat itu pada orang yang lebih tua
dulu aku belajar, hormat itu terletak pada jiwa
lain orang lain rasa hormatnya, lain orang lain pandangan mereka
semua bergantung pada diri kita

hormat itu tak boleh dipaksa
hormat itu bukan pada pangkat dan nama
hormat itu berbeza-beza

tapi sepnjang perjalanan aku untuk dewasa,
yang aku nampak bukan hormat tapi pura pura
bila yang perlu dihormat itu yang berkuasa
bila yang perlu dihormat itu yang ada pangkat dan nama
bila yang perlu dihormat itu orang yang kaya-kaya sahaja

boleh aku tahu apa kau rasa bila orang tunduk pada pangkat yang kau ada?
atau apa kau bangga bila orang sujud kerana kekayaan yang kau ada?
mungkinkah kau rasa hebat bila mereka mengangguk saja pada kau kerana kuasa?
kerana jika kau tanya aku, aku malu jika aku hanya dihormat atas perkara remeh begitu saja.

hormat yang pura-pura, hormat yang dipaksa
teruk dunia ini aku rasa
tak kira bangsa, agama ataupun mana mana negara,
merata rata begitulah sistemnya
semuanya dibuat bukan mengikut ajaran agama


0 comments:

Post a Comment