Followers

aku ingin...




aku ingin hulurkan bahu,
pinjamkan untuk kamu,
ketika kamu sedang bercelaru..



aku ingin hulurkan tangan
boleh kita berjalan beriringan
sama sama cipta kenangan.

aku ingin hulurkan hati
supaya kau pon dapat merasai
sebuah cinta yang sangat bererti..
rasa yang tak dapat aku ungkapi 
rasa yang manis sekali..


penyakit hati




Ada orang tak boleh berhenti bergantung pada orang. itu takpe lagi. 
Ada orang tak boleh berhenti menyibuk pasal orang. Itu pergi mati.



hidup ini pelbagai corak dan warna warrni,,
kenapa kau mesti pilih corak yang aku sedang menikmati?
kenapa kau mesti comotkan warna yang aku gemari?
dasar pendengki! busuk hati!!
aku sarankan kau kisahkan hidup sendiri. itu salah satu terapi.


susah



lain orang lain susahnya
orang miskin ada susah mereka
orang kaya juga ada masalahnyakanak-kanak masalah mereka lain pula
begitu juga dengan remaja dan golongan dewasa



ujian Allah berbeza-beza
sama macam mana dia mencipta manusia
lain orang lain paras rupanya
lain orang lain perangainya
kita tak merasa apa yang orang lain rasa
kita tak ada dalam kepayahan mereka
tak perlu lah kita menilai ikut suka kita
jangan pula kita sengaja cari salah mereka
kalau tak betul fitnah jadinya
jangan sesekali hukum orang ikut suka hati kita


luaskan minda bukalah hati, cuba untuk memahami daripada mencaci. :)

aku lihat, aku belajar

ada jenis manusia yang suka pandang rendah pada orang,,
ada jenis manusia yang suka kritik orang,
jenis manusia yang berfikiran kurang matang,
ataupun mereka yang tak boleh belajar dari keburukan orang,,




orang jenis ini, mungkin pada pandangan mereka, hidup mereka paling sempurna,
atau mereka memang tak boleh terima golongan selain daripada mereka,,
orang macam ni ramai di luar sana,
aku tak nak kata apa-apa, aku pon bukan baik mana,,
aku juga pernah melaluinya...

kadang-kadang aku juga tak mampu nak kawal diri ini,
kadang-kadang aku terasa marah kepada diri sendiri,
kerana aku sering lakukan perkara yang aku benci,
tingkah laku aku sendiri aku tak mengerti,,
aku terhenti, muhasabah diri,,,
kuasa Allah tiada siapa yang dapat menandingi,,

kini aku belajar untuk menerima,
apa jua dan sesiapa jua,,
mungkin ada orang yang dulu kita kenal lain, sekarang dah berubah,,
daripada berfikir tak baik, aku pilih untuk menerima,
ikhlaskah dia atau pura-pura? biarkan saja,,
kerana aku percaya semua org akan tinggalkan takuk yang lama,
aku belajar menerima orang-orang di sekeliling dengan seadanya..

kata pepatah jauh perjalanan, luas pemandangannya,
kini aku merasakannya walau aku tak pergi jauh mana,,



secrets and pain








I believe everyone has secret that can't be tell,,
and pain that can't let out,,
or maybe story that no one will understand......
maybe sometime we can share our painful secret so that can relief our pain,,
but most of the time, we just can't find the right person to story to.. 
so just stay strong and have faith in ourself. 
don't forget to pray for god not only when u are facing hardness.
but all the time....
 
 
 
give Allah what's RIGHT, not what's LEFT.



SHE...







SHE is a friend of mine,
SHE, who i meet everyday,,
she has a problem but she act like she's fine,,
but i know from the way she tells, she is not okay..





HOSPITAL





"tahniah tok. kitak orang ke-3 admit wad tahun ini"
kata 2 orang jururawat kepada hamidi..

1 januari 2013,, jam menunjukkan pukul 1.50 pagi..
ramai yang masih meraikan tahun baru tak habis lagi
ada yang sampai lupa diri..
kami hanya melihat dari tepi,,
di sarawak ini cara sambutan mereka meriah sekali
jabatan agama tidak pernah wujud di waktu2 begini






aku dan teman teman mendapat berita, rakan kami dimasukkan ke wad, sakit perut katanya,, terus kami bergegas ke hospital umum sarawak, elok pula ketika itu kami memang berada diluar, baru habis menikmati bunga api tahun baru.. di pintu gerbang wad kecemasan kami menanti, hospital kerajaan memang pangjang beraturnya, sambil2 gosip sambil tunggu keputusan doktor.

duduk di depan pintu wad kecemasan, melihat ambulance lalu lalang, melihat pelbagai orang, keluar masuk tak henti henti.. di situ aku belajar,, aku belajar tentang hidup, aku belajar bersyukur.

seorang remaja perempuan diusung dengan ambulance, muka kelihatan lesu, dia menarik perhatian kami,, apakah yang terjadi, dye masih muda lagi...?? pelbagai soalan ketika ini, kami mula bincangkan. sejam kemudian kami dapat tahu, dia diusung kerana suhu badan terlalu panas, terlalu banyak alkohol yang di teguk. dia masih muda,, klihatan masih dalam belasan tahun.. kami hanya geleng kepala,, aku dapat bayangkan pasti ramai lagi anak remaja di luar sana yang sedang berai sakan.. 

doktor memberi kata putus, appendix. sebab itu hamidi sakit perut meronta, esoknya akan dibedah. tepat jam 2.40 pagi, hamidi dimasukkan wad. dengan kata semangat 2 orang jururawat anggun memberitahu hamidi pesakit ketiga untuk tahun 2013.


Duduk di muka pintu hospital, mengajar aku banyak perkara. Aku termenung dan tersentap sambil muhasabah diri.


tahun baru 2013



tahun baru menjelma
2013 membuka lembarannya
pelbagai cara satu dunia raikannya,
tidak kurang juga di malaysia
termasuk aku dan rakan rakan juga


Tahun baru kami sambut biasa2 saja
Cuma teman rapat menghabiskan masa bersama,
Melihat bunga api pelbagai warna
Meriah pada malam yang gelap gelita,
Bertemankan lagi dengan gelak ketawa
Sambil melihat pelbagai gelagat manusia…

tahun 2013, ramai yang memasang azam yang pelbagai
semoga azam sebelumnya telah berjaya ditunaikan
dan semoga tahun baru membawa keberkatan..
sama sama kita doakan.....

SELAMAT TAHUN BARU 2013.