Followers

aku lihat, aku belajar

ada jenis manusia yang suka pandang rendah pada orang,,
ada jenis manusia yang suka kritik orang,
jenis manusia yang berfikiran kurang matang,
ataupun mereka yang tak boleh belajar dari keburukan orang,,




orang jenis ini, mungkin pada pandangan mereka, hidup mereka paling sempurna,
atau mereka memang tak boleh terima golongan selain daripada mereka,,
orang macam ni ramai di luar sana,
aku tak nak kata apa-apa, aku pon bukan baik mana,,
aku juga pernah melaluinya...

kadang-kadang aku juga tak mampu nak kawal diri ini,
kadang-kadang aku terasa marah kepada diri sendiri,
kerana aku sering lakukan perkara yang aku benci,
tingkah laku aku sendiri aku tak mengerti,,
aku terhenti, muhasabah diri,,,
kuasa Allah tiada siapa yang dapat menandingi,,

kini aku belajar untuk menerima,
apa jua dan sesiapa jua,,
mungkin ada orang yang dulu kita kenal lain, sekarang dah berubah,,
daripada berfikir tak baik, aku pilih untuk menerima,
ikhlaskah dia atau pura-pura? biarkan saja,,
kerana aku percaya semua org akan tinggalkan takuk yang lama,
aku belajar menerima orang-orang di sekeliling dengan seadanya..

kata pepatah jauh perjalanan, luas pemandangannya,
kini aku merasakannya walau aku tak pergi jauh mana,,



0 comments:

Post a Comment