Followers

HOSPITAL





"tahniah tok. kitak orang ke-3 admit wad tahun ini"
kata 2 orang jururawat kepada hamidi..

1 januari 2013,, jam menunjukkan pukul 1.50 pagi..
ramai yang masih meraikan tahun baru tak habis lagi
ada yang sampai lupa diri..
kami hanya melihat dari tepi,,
di sarawak ini cara sambutan mereka meriah sekali
jabatan agama tidak pernah wujud di waktu2 begini






aku dan teman teman mendapat berita, rakan kami dimasukkan ke wad, sakit perut katanya,, terus kami bergegas ke hospital umum sarawak, elok pula ketika itu kami memang berada diluar, baru habis menikmati bunga api tahun baru.. di pintu gerbang wad kecemasan kami menanti, hospital kerajaan memang pangjang beraturnya, sambil2 gosip sambil tunggu keputusan doktor.

duduk di depan pintu wad kecemasan, melihat ambulance lalu lalang, melihat pelbagai orang, keluar masuk tak henti henti.. di situ aku belajar,, aku belajar tentang hidup, aku belajar bersyukur.

seorang remaja perempuan diusung dengan ambulance, muka kelihatan lesu, dia menarik perhatian kami,, apakah yang terjadi, dye masih muda lagi...?? pelbagai soalan ketika ini, kami mula bincangkan. sejam kemudian kami dapat tahu, dia diusung kerana suhu badan terlalu panas, terlalu banyak alkohol yang di teguk. dia masih muda,, klihatan masih dalam belasan tahun.. kami hanya geleng kepala,, aku dapat bayangkan pasti ramai lagi anak remaja di luar sana yang sedang berai sakan.. 

doktor memberi kata putus, appendix. sebab itu hamidi sakit perut meronta, esoknya akan dibedah. tepat jam 2.40 pagi, hamidi dimasukkan wad. dengan kata semangat 2 orang jururawat anggun memberitahu hamidi pesakit ketiga untuk tahun 2013.


Duduk di muka pintu hospital, mengajar aku banyak perkara. Aku termenung dan tersentap sambil muhasabah diri.


0 comments:

Post a Comment