Followers

berserah.




Aku tahu rasa itu. Rasa yang ditinggal mati. Perasaan berbelah bagi. Airmata tidak bererti.

Sakit. Sakit kerna tiada lg yg menghirau. Sakit yg ingin diluah. Tapi sakit itu lebih selesa di pendam. Makin lama makin sakit.

Orang kata biar masa yang mengubati, tapi masa itu lebih menyakiti pabila kian hari kian diingati.

Kejam mereka yg menyakiti. Kejam mereka yg mengkhianati.sangat kejam bila bahagia mengiring mereka pergi.

Redha. Redha dengan ketentuan illahi. Jangan menyalahi takdir. Tabah menuju kehadapan. Gagah bangun dari kejatuhan.

Masa walaupun tak dpt mengubati namun allah sentiasa menemani. Percaya padaNYA yg satu, nescaya DIA akan membantu.

Doa, terus berdoa. kalau doa untuk bersatu kembali tidak termakbul, pasti ada kebahagian akan menanti.

Mungkin kita keliru apa yang kita mahu dengan apa yang kita perlu, Allah sentiasa akan membantu.

Aku pernah melalui, aku juga merasa, namun sering dapat bantuan dariNYA walau aku hanya hamba yang hina.

Allah itu sentiasa ada. kita hya perlu bercaya, dan tak putus mengingatiNYA. Bukan waktu susah namun waktu senang juga.


0 comments:

Post a Comment