Followers

hijab dikepala




hijab dikepala
dinilai oleh mereka..
tapi kenapa?

kerana hijab dikepala
sukar mendapat kerja
permohonan ditolak begitu sahaja sebelum dilihat mereka
tapi kenapa?

kerana hijab dikepala
setiap gerak geri dipertikaikan mereka
tapi kenapa?

kerana hijab dikepala
dilarangnya bercinta
katanya berdosa
tapi kenapa?

kenapa hijab dikepala menjadi persoalannya?
kenapa hijab dikepala menjadi alasan kepada semua?
kenapa hijab dikepala menjadi penghalang untuk bercinta?

bukankah menutup aurat otu tuntutan agama?
bukankah islam itu agama rasmi negara kita?
bukankah cinta itu wujud sejak terciptanya adam dan hawa?

kerana hijab dikepala ditolak kerja?
tak munasabah alasannya.
apa yg kerajaan dah buat pada rakyatnya?
kenapa membenarkan peraturan yang melibatkan isu agama?

hijab dikepala
bukan bermakna mereka itu dewa
mereka juga manusia
selayaknya dilayan seperti yang lain juga..
mereka juga ada buat salah juga
kenapa mesti menghukum kerana hijab dikepala mereka?

hijab dikepala...
apa salahnya??
mengapa dihina?

politik kotor



musim pilihan raya umum dtg lagi..
bersepah sepah pacak bendera parti,,
semua calon rebut nak menang undi..
semua parti rasa mereka layak dipilih..

aneh. sangat aneh.

aku hairan, duduk disudut garu kepala.
apa sebenarnya mahu mereka?
kenapa berebut mahu memimpin negara?
kenapa tidak bergabung tenaga?
adakah demi wang semata-mata?
benarkah politik itu kotor kata mereka?

teringat kecil2 abah suka cerita
tentang zaman nabi2 kita...
semua tak mahu jadi pemimpin dalam kalangan mereka
walaupun serba serbi kelayakan mereka ada..
tanggungjawab tu berat kata mereka
tak sanggup jika disoal di akhirat sana..

tapi apa jadi pada malaysia?
nampak gaya semua calon dah sedia bertanggungjawab pada negara
mereka mungkin lupa segalanya akan disoal semula
memimpin negara bukan semata demi wang dan kuasa,
setiap kelakuan kita akan di hitung kelaknya..

aku tak mahu tuduh bukan bukan pada mereka,,
tapi kalau nak dikira mengapa mesti merebut kuasa?
kerana politik fitnah berleluasa
tak tahu siapa yang salah siapa betulnya
tak tahu yang mana perlu percaya.
menindas sesama saudara seagama..
apa ini contoh pada rakyat jelata??
bolehkah mereka tunaikan jaji mereka
seperti menifesto yang dibentang mereka?
atau hanya propaganda sematamata?







dalam hidup tak perlu minta simpati,
tak perlu tunjuk kelemahan diri
cukup kita tahu membawa diri.
cukup kita saja tahu apa mahu hati..

diam tanpa kata
tak bermaksud sedang berduka
tidak juga menunjukkan dia germbira


sendiri, bersendiri
itu bukan tandanya sunyi
itu mungkin satu terapi..

diam! diam!
senyap! senyap!
jangan kau peduli lebih.
aku tak perlu kasih sayang yang lebih lebih.

anjing...



kau seorang mahasiswa
kau bakal berjasa pada negara
kau mungkin bakal doktor, penyelamat nyawa
kau mungkin bakal perdana menteri, pemimpin negara
kau mungkin bakal engineer
kau masuk U ada tujuannya

sini tempat kau pupuk keyakinan diri
sini tempat kau belajar kerjasama, hidup dalam satu keluarga
sini tempat kau belajar hormat menghormati
tapi bukan tempat kau buat kepala
tapi bukan tempat kau kejar dunia
tapi bukan tempat kau kejar pangkat dan nama

sini ajar kau jadi leader
bukan ajar kau jadi anjing yang hanya tahu angguk kepala
mereka bukan siapa-siapa
cuma senior batch atas kita
bukan tuhan mahupun dewa
tak perlu bodek ambil hati mereka
tak perlu anggguk setiap kali mereka berkata
mereka juga manusia,
mereka tak semestinya betul sepanjang masa

berhenti perangai bodoh itu semua
kau masuk U bukan untuk hadap mereka semata mata
jauh kau tinggal rumah, ibu, dan bapa
bukan untuk kau tunduk, sujud kaki mereka
tapi untuk kau belajar, menimba ilmu dan buka mata
untuk kelak kau balas jasa ibu bapa
jngan terpesong niat kau hanya kerana ada orang yang guna kuasa..



yang terakhir



dedikasi yang terakhir..
persembahan yang terakhir..
saat bersama yang terakhir..
indah, penuh bermakna..

malam itu...
walau ditegur, walau dimarah,,
hati mungkin tersentap sejenak,,
tapi penuh bermakna..

yang berakhir itu mungkin sedih
tapi terpahat seribu memori,
terselit sejuta rasa,,
rasa dan memori yang hebat..
bukan semua mampu memilikinya..


p/s: mlm akrab palapes darat unimas 12/04/2013

lenyap, hilang..




kau lenyap sebentar...
badan mungkin penat,
tapi minda sedikit lega,,
minggu ini aku cukup gembira..
harap dapat aku hapuskan kau dari kotak fikiran untuk selamanya...

dia



dia tabah dikala aku lemah..
setelah habis dengan permainannya
begitu saja dia blahh..
aku terkapai-kapai mencari udara
bagai bergelut dengan raksaksa
dia blah selamber saja
blah tanpa sepatah kata
teruskan berfoya foya
itu dia nama kan cinta?

dusta!!!!!
palsu belaka!!
serupa celaka!!
bagai budak baru nak kenal dunia
kiri kanan sibuk kejar popular
lantakkan dia!!!

bertahun aku terseksa
kini aku tunggu masa
aku percaya pada karma
aku yakin suatu hari nanti aku mampu kembali ketawa

nyah kau jantan!!
keluar dari kotak fikiran!!!
hapus semua kenangan!!!!
jangan kau cuba bertandang lagi, jangan!!!!!




aku plastik yang hina.



Ibarat plastik yang tak guna, 
selesai dipakai,dibuang begitu sahaja. 
Bagai plastik tak guna dibuang di jalan raya.
Ditiup dek angin, dilanggar dek kereta.. 
Akhirnya smpi di kaki org yg membuangnya 
lalu plastik itu disepak-sepakkannya.


Aku plastik yg hina. 
Yg tak semena dibuang sesuka hati dia. 
aku cuba mencari sebab dan punca, 
namun bila aku dekat, aku disepak pula.
mengapa? mengapa aku yang dihina?
mengapa yang menghina itu mesti dia?
mengapa setelah aku percaya?
kenapa selepas aku membuat keputusan untuk jatuh cinta?
pelbagai persoalan di kepala..
tak sempat aku mencari jawapannya.
sekarang aku cuma plastik yang hina..