Followers

aku plastik yang hina.



Ibarat plastik yang tak guna, 
selesai dipakai,dibuang begitu sahaja. 
Bagai plastik tak guna dibuang di jalan raya.
Ditiup dek angin, dilanggar dek kereta.. 
Akhirnya smpi di kaki org yg membuangnya 
lalu plastik itu disepak-sepakkannya.


Aku plastik yg hina. 
Yg tak semena dibuang sesuka hati dia. 
aku cuba mencari sebab dan punca, 
namun bila aku dekat, aku disepak pula.
mengapa? mengapa aku yang dihina?
mengapa yang menghina itu mesti dia?
mengapa setelah aku percaya?
kenapa selepas aku membuat keputusan untuk jatuh cinta?
pelbagai persoalan di kepala..
tak sempat aku mencari jawapannya.
sekarang aku cuma plastik yang hina..



1 comments:

Nur Irdina said...

cantiknye kata kata ni.. banyak maksud yang tersirat..

#suke bace entri ni =D

Post a Comment