Followers

anjing...



kau seorang mahasiswa
kau bakal berjasa pada negara
kau mungkin bakal doktor, penyelamat nyawa
kau mungkin bakal perdana menteri, pemimpin negara
kau mungkin bakal engineer
kau masuk U ada tujuannya

sini tempat kau pupuk keyakinan diri
sini tempat kau belajar kerjasama, hidup dalam satu keluarga
sini tempat kau belajar hormat menghormati
tapi bukan tempat kau buat kepala
tapi bukan tempat kau kejar dunia
tapi bukan tempat kau kejar pangkat dan nama

sini ajar kau jadi leader
bukan ajar kau jadi anjing yang hanya tahu angguk kepala
mereka bukan siapa-siapa
cuma senior batch atas kita
bukan tuhan mahupun dewa
tak perlu bodek ambil hati mereka
tak perlu anggguk setiap kali mereka berkata
mereka juga manusia,
mereka tak semestinya betul sepanjang masa

berhenti perangai bodoh itu semua
kau masuk U bukan untuk hadap mereka semata mata
jauh kau tinggal rumah, ibu, dan bapa
bukan untuk kau tunduk, sujud kaki mereka
tapi untuk kau belajar, menimba ilmu dan buka mata
untuk kelak kau balas jasa ibu bapa
jngan terpesong niat kau hanya kerana ada orang yang guna kuasa..



0 comments:

Post a Comment