Followers

politik kotor



musim pilihan raya umum dtg lagi..
bersepah sepah pacak bendera parti,,
semua calon rebut nak menang undi..
semua parti rasa mereka layak dipilih..

aneh. sangat aneh.

aku hairan, duduk disudut garu kepala.
apa sebenarnya mahu mereka?
kenapa berebut mahu memimpin negara?
kenapa tidak bergabung tenaga?
adakah demi wang semata-mata?
benarkah politik itu kotor kata mereka?

teringat kecil2 abah suka cerita
tentang zaman nabi2 kita...
semua tak mahu jadi pemimpin dalam kalangan mereka
walaupun serba serbi kelayakan mereka ada..
tanggungjawab tu berat kata mereka
tak sanggup jika disoal di akhirat sana..

tapi apa jadi pada malaysia?
nampak gaya semua calon dah sedia bertanggungjawab pada negara
mereka mungkin lupa segalanya akan disoal semula
memimpin negara bukan semata demi wang dan kuasa,
setiap kelakuan kita akan di hitung kelaknya..

aku tak mahu tuduh bukan bukan pada mereka,,
tapi kalau nak dikira mengapa mesti merebut kuasa?
kerana politik fitnah berleluasa
tak tahu siapa yang salah siapa betulnya
tak tahu yang mana perlu percaya.
menindas sesama saudara seagama..
apa ini contoh pada rakyat jelata??
bolehkah mereka tunaikan jaji mereka
seperti menifesto yang dibentang mereka?
atau hanya propaganda sematamata?





0 comments:

Post a Comment