Followers

sendiri.




sepi,
tanpa khabar berita.

kau pergi,
tanpa sebarang kata.

janji,
itu semua dusta.

hati,
kau bawa bersama.



andai aku mati,
sudikah kau ziarah di pusara?

I Still Love You


Kau hilangkan akal sehatku
Luluhkan semua keangkuhanku
Saat kau putuskan cintamu
Aku tak mampu melupakanmu

I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku

Terlambat ku memahami
Terlalu sakitnya hatimu
Hadapi semua sikap egoku
Kau semakin jauh dari pelukku


I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku

Beri aku kesempatan tetap ada di hatimu
I still love you, always love you
Hanya kamu yang mengerti diriku

I still love you, really love you
Di hatiku hanya kamu
I still love you, always love you
Kamu sungguh segalanya bagiku

I still love you

Selamat Hari Ibu




semalam hari apa?
semalam hari ibu.
ya. hari ibu.
ada sesiapa yang tak tahu??



ini? ini gambar
ya. gambar dicuri di gugel imej.

sekeping gambar di hantar melalui waksep
dihantar kepada kontek yg di simpan dengan nama "mama fui yoke"

sekeping gambar sahaja?
iya. sekeping gambar sahaja yang dihantar..
tanpa kata-kata.
apatah lagi mahu menelifon..

ahhh!!!! tak tahu setan apa yg duduk dalam hati..
kadang kadang entri di blog dihiasi bahasa bahasa indah..
kadang kala entri ditaip panjang berjela..
tapi untuk ucap selamat hari ibu..
aku kaku, tiada apa terlintas dalam kepala..

teruk? iya. itu lah aku.
aku ada sejenis penyakit.
penyakit sukar untuk meluahkan kata hati..
tak kira pada siapa..

sembang?
aku memang kuat sembng.
tp yg aku sembang hanya gebang..
tiada kata kata hati yg keluar dari mulut.


kalau ada??
jarang. ya. sangat jarang..

apa pula kau nak kata lepas baca entri umpama anak derhaka ini...?
diam! diam semua sekali!!!
kerna aku juga benci diri aku di saat ini..


SELAMAT HARI IBU.
buat semua ibu ibu yang penat lelah melahirkan dan membesarkan kami, anak-anak.
dan kami pula leka dan sering terabaikan yg bergelar ibu.
hanya Allah yg mampu membalas segala jasa ibu.:')


dia seorang kawan



dia ibarat seorang anak
yang rindukan kasih sayang mak bapak

dia seorang kawan lama
dia ada masalah keluarga
kami berlainan jantina
mungkin dia dah terbiasa
buat aku tempat untuk bermanja
aku layankan sahaja
kami sekadar kawan biasa
bukan bermaksud aku ada hati padanya.
kalau kau pun pasti akan buat benda yang sama.

#random




"kau ni memang membosankan."
kata seorang kawan dalam nada gurauan..

kakakakakaka

aku yg sedang memandu disebelah kanan
ketawa keseorangan..

"aku memang menbosankan. ntah pape.. M dah tak bertegur dengan aku. H pon dah tak contact aku. kau pon awek asyik jeles tak lama lagi tinggalkan aku jugak."
balas aku selamber.
sambil toleh kiri tengok dia
ayat tu tiba tiba muncul dalam kepala.

terdiam, termenung,
cuba tarik nafas dalam dalam.
cuba pejam mata sejenak.
tak boleh pejam lama,
aku perlu fokus memandu ketika itu..

geleng kepala, ketawa sendiri..
kemudian air mata menyusul membasahi pipi.


p/s: M bukan merujuk pada dia.






i'm still alive.




november 2011
till may 2013..
such a long period......

i cant stop you to have someone else,
i cant hate you for leaving me
i cant blame you that you betrayed
i cant force you to stay..

all i can do is keep it inside
keep smiling to the world
because the earth is still spinning
and all i can do is continue living. 

:')

jatuh




aku pernah jatuh teruk.
sakit, pedih, perit, derita...
kini aku merasakannya semula.
ntah kenapa...


harap kau sedar hubungan itu bukan mainan..
semoga kau bahagia..
semoga kau hargai dia
semoga hubungan kau kekal lama

hari ini



hari ini..
hari apa?

hari ini..
hari buruh.
pekerja seronok dapat cuti..
tapi bukan semua buruh.
kalau semua pekerja diberi cuti,
siapa nak jadi cashier dekat shopping mall?
siapa je yang ada kat petrol station?
siapa yang nak duduk kat pondok tol kutip duit??

itu bukan motif sebenar..
hari ni, 6 tahun lalu..
siti fatimah binti ahmad shahrien
hari kelahiran seorang anak kecil..
andai arwah masih ada,
pasti meriah suasana rumah,,
dengan suara gelak tawa tangis seorang anak kecil
sempatnya hidup cuma dua hari..

sekejap. 
ya, sangat sekejap.
tak berapa memberi kesan pada siapa siapa..
tapi mama..
seorang ibu yang separuh nyawa melahirkannya..
pasti merasakan kehilangan..
mama mungkin tersenyum,
mama mungkin masih boleh ketawa,,
tapi dalam hati siapa tahu..
mana mungkin mama lupa akan tarikh ini.

redha.
ya, redha.
semua perlu redha..
itu ketentuan allah.
adik sudah pasti syurga tempatnya
tentang itu tak perlu lagi dirisaukan..

1 MAY 2007.
tarikh itu, takkan dapat kami lupa..