Followers

Selamat Hari Ibu




semalam hari apa?
semalam hari ibu.
ya. hari ibu.
ada sesiapa yang tak tahu??



ini? ini gambar
ya. gambar dicuri di gugel imej.

sekeping gambar di hantar melalui waksep
dihantar kepada kontek yg di simpan dengan nama "mama fui yoke"

sekeping gambar sahaja?
iya. sekeping gambar sahaja yang dihantar..
tanpa kata-kata.
apatah lagi mahu menelifon..

ahhh!!!! tak tahu setan apa yg duduk dalam hati..
kadang kadang entri di blog dihiasi bahasa bahasa indah..
kadang kala entri ditaip panjang berjela..
tapi untuk ucap selamat hari ibu..
aku kaku, tiada apa terlintas dalam kepala..

teruk? iya. itu lah aku.
aku ada sejenis penyakit.
penyakit sukar untuk meluahkan kata hati..
tak kira pada siapa..

sembang?
aku memang kuat sembng.
tp yg aku sembang hanya gebang..
tiada kata kata hati yg keluar dari mulut.


kalau ada??
jarang. ya. sangat jarang..

apa pula kau nak kata lepas baca entri umpama anak derhaka ini...?
diam! diam semua sekali!!!
kerna aku juga benci diri aku di saat ini..


SELAMAT HARI IBU.
buat semua ibu ibu yang penat lelah melahirkan dan membesarkan kami, anak-anak.
dan kami pula leka dan sering terabaikan yg bergelar ibu.
hanya Allah yg mampu membalas segala jasa ibu.:')


0 comments:

Post a Comment