Followers

cermin



ke dalam cermin itu aku lihat,
aku nampak masa lampau,
aku nampak memori silam,
aku lihat kau dan aku,
duduk di sofa rumah aku,
kita bergurau, bermanja..


aku cuba ubah pandangan
tak mahu toleh pada cermin lagi,
tak mahu lihat ke belakang lagi,
aku alih pandangan ke hadapan,
tapi yang aku lihat semua kabur
mata tak mampu menapung air mata lagi

aku ingin terus maju,
namun aku kaku
takut untuk menuju ke arah kekaburan
dan di situ aku berdiri statik.
cermin itu, mengaburi masa depan aku.
tak mahu lagi aku lihat pada cermin itu
namun boleh kah aku maju kehadapan?
tanpa perlu menoleh kebelakang..