Followers

memori

ada sesetengah perkara, bila aku teringat, boleh buat aku senyum sendiri. itu aku panggil memori.

salah siapa

kau, aku, dia, mereka semua ada cerita. masing masing ada rasa. tp cerita aku tak seindah mereka. tp rasa aku tak sehebat mereka. kerana kau dah ragut semua. salah siapa?

simpan

perasaan ini aku simpan. suka aku, sakit aku, duka aku, gembira aku, manis, pahit, bahagia, sengsara. aku selesa simpan sendiri. termasuk perasaan aku yang masih mengharap kau akan datang kepada aku lagi suatu hari nanti. aku simpan. ye aku simpan. dan berdoa.

malam

malam, hati jadi rapuh. semua senyum diganti air mata. waktu itu dia hadir. aku tak mahu jatuh lagi. tapi aku tak kuat nak tolak perasaan ini.

chores

ada benda kita tak suka tapi kena buat. ada benda kita kena hadap hari2 bukan semua benda kita boleh pilih nak atau tidak. bukan semua benda kau boleh pilih untuk suka atau benci.

rasa kita



rasa kita sama
tapi kenapa tak boleh jujurkan saja?


sayang



sayang,
aku tahu kau disana,
baik baik jalani hidup.
aku gembira.

sayang,
aku tahu kau tak peduli
aku tetap mahu beritahu
aku tak pernah kesali
apa yang kita ada dulu

sayang,
pergilah.
hilanglah.
bergembiralah.

sayang,
buatlah apa mahumu
pergi bersama siapa kau mahu
bergembira selagi kau mampu.

tapi izinkan aku, tetap sayang kan kamu.





countdown nak touch down sarawak




kali ini
ntah kenapa
rasa berat hati

setahun setengah lagi.
ure almost there.
semangat lah sikit.

kata diri kepada sendiri.

harap hati tabah
harap masih boleh bertahan..
sungguh aku tak mahu pergi.

pilih kasih



mereka pilih kasih.
aku letih.
letih mencuba 
untuk dapat titisan kasih.

aku undur diri
mahu mencari jalan sendiri.

kasih. simpan saja.
bg pada yg mahukannya

kasih. aku tak perlu.
tp bakal aku bagi pada mereka yang mahu

kerana aku tahu. kasih itu bermakna.
kerana aku tahu. dahaga kasih itu merana.

psiko pencuri hati



gila!
babi!
gila babi!!!

pulangkan hati aku!
boleh?

jangan curi.

mahu? minta.

itu saja syaratnya.

alfatihah- Maimon Mutalib



Allahyarhamah Maimon Mutalib


aku suka dia
lakonan dia bawa aku hanyut bersama


air mata dia mengajak aku menangis bersama
jahat dia buat aku menyampahkannya

watak dia. hidup sentiasa.

alfatihah.
sama sama kita doakan. 
semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

aku idam



aku idam..

seorang ibu, seorang suri rumahsepenuh masa.

selalu ada masa dengar cerita aku
selalu ada masa layan kerenah aku
sedia papah aku disetiap jatuh aku

aku idam..

di setiap petang
selalu saja aku dan adik bermain di halaman
sambil diperhati ibu
untuk tunggu kepulangan abah
kerana ingin memberi satu pelukan
sebagai hadiah terima kasih
kerana penat lelah abah mencari nafkah.

aku idam..

malam. sebagai waktu paling berharga.
sekeluarga borak di meja makan
sambil nikmati air tangan ibu

aku idam..

perkara ini berulang di setiap aku buka mata
hingga aku pejam.

setiap hari. mahu rutin begini

aku idam...

selalu boleh bergantung, selalu boleh berpaut.
supaya tak perlu aku lagak tabah.
pura pura takkan rebah.


sayang



semalam.
kau kata sayang.
aku percaya.

hari ini.
kau hilang.
pergi bersama dia.

takpe. aku ok je.

hidup.



hidup.
bukan senang.

kau. aku. dia.
ujian berbeza.

tabahlah wahai hati.

layakkah?



susah aku, 
menghadap sejadah. 

Senang aku, 
lagha tak ingat dia.

Hina nya aku sebagai hamba. 
Layakkah aku ke syurga?

still waiting



aku tunggu
tunggu kau pulang ke pangkuan aku

kalau tak mahu
pulangkan hati aku

jangan pergi dulu

"Bravo! Giveaway by Ieyra Ghani"








KLIK BANNER!


Assalamualaikum.

First off all, peserta mestilah mempunyai sifat jujur dalam diri! Jom ramai ramai meriahkan Bravo! Giveaway by Ieyra Ghani ini! Pelbagai hadiah yang menarik menanti para pemenang!

Promot habis-habisan untuk memenangi kategori top referral (6 pemenang ) yang bakal memenangi ;

Baju random x3
Lil' Basket Hamper x2
Blouse Zebra x1

Yang selebihnya akan ditentukan oleh pakcik random 100%

Semua peserta Wajib ikut syarat daripada penganjur dan {para sponsor} yang telah menaja {pelbagai jenis hadiah!}


ADAKAH ANDA PEMENANG YANG DICARI ? JOM SERTAINYA SEKARANG!

siapa racist?



Cina is cina, india is india. 
Melayu ada kelantan, johor, sarawak, pahang, selangor dn sebagainya.
sekarang kau carita..
siapa racist?


petrol kereta tinggal lagi setitik dua
mampu jalan lagi kurang drpd 5 kilometer

ada petronas tak jauh dr pandangan mata
namun sanggup ambil risiko nak cari shell juga

kalau anda juga seorang driver
pasti anda sedar betapa banyak petronas dah amek duit kita

aku pula bukan orang kaya
walaupun beza jarak boleh pergi hanya 2 kilometer dgn petrol yg berbeza
itu tetap duit yang akan aku berkira.

friend was boyfriend




aku kekurangan kawan,,
sejak aku kehilangan kau.