Followers

aku idam



aku idam..

seorang ibu, seorang suri rumahsepenuh masa.

selalu ada masa dengar cerita aku
selalu ada masa layan kerenah aku
sedia papah aku disetiap jatuh aku

aku idam..

di setiap petang
selalu saja aku dan adik bermain di halaman
sambil diperhati ibu
untuk tunggu kepulangan abah
kerana ingin memberi satu pelukan
sebagai hadiah terima kasih
kerana penat lelah abah mencari nafkah.

aku idam..

malam. sebagai waktu paling berharga.
sekeluarga borak di meja makan
sambil nikmati air tangan ibu

aku idam..

perkara ini berulang di setiap aku buka mata
hingga aku pejam.

setiap hari. mahu rutin begini

aku idam...

selalu boleh bergantung, selalu boleh berpaut.
supaya tak perlu aku lagak tabah.
pura pura takkan rebah.


0 comments:

Post a Comment