Followers

2 tahun




2 tahun berlalu sudah
masing masing di haluan masing masing
tetapi hati masih tak mahu lepaskan.
aku mohon tolong datang ambil kembali memori yang kau beri
tolong hapuskan rasa yang ada untuk kau ini
tolong jangan terlalu pentingkan diri
masih banyak persoalan yg aku perlu jawapan dari kau sendiri.

masih kamu




cuba untuk maju ke hadapan
cuba untuk ubah pandangan
lihat dalam dalam ke hati
masih kamu yang bertakhta.
bila mahu keluar?

berlakon




kita semua sedang berlakon di pentas dunia ini
bawaklah watak masing masing dengan baik
watak hitam atau putih
sendiri pilih.
biar tuhan menilai


malas




dah malas join GA yang terlalu ramai sponsor.
yang terlalu banyak syarat.
maaf. 


tak tahu




tak tahu bila mula
tiba tiba dah sampai pemgakirnya


cari



tercari cari 
sesuatu yang aku pon tak pasti

ternanti nanti
jawapan untuk persoalan sendiri

suatu rasa aku



kau tahu apa rasa
bila tengok kawan2 busy fyp dan kau tersangkut?

kau tahu apa rasa
bila tengok kawan2 seperjuangan kat metrik dulu
bakal grad sama2 dan kau tersangkut?

kau tahu apa rasa
dengar cerita kawan2 sibuk sembang tentang tempat praktikal dan kau tak mampu?

kau tahu apa rasa
bila duduk kat bawah, dan dongak tengok orang kat atas?

kau tahu apa rasa aku?

tahu apa rasa
bila perlu pura pura tak kisah?

tahu apa rasa
bila perlu tipu tipu senyum dengar cerita mereka?

tahu apa rasa 
bila terpaksa buat nada rileks je bagitahu yang aku bakal lanjutkan semester?

itu bukan suka suka
itu adalah terpaksa

mana ada orang suka bila gagal
mana ada orang gembira bila nampak bodoh
mana ada orang seronok duduk di bawah.

kau tahu apa aku rasa?
aku rasa aku tak berguna.






latest video by matluthfi





pernah alami situasi mcm ni?


situasi 1:-
kawan: baik takyah semayang kalau perangai macam setan

atau

situasi 2:-
kawan: kan dah semayang. eloklah jaga perangai sekali. kalau tak sia sia je.

nampak tak beza dia kat situ?

nak tegur kena ada cara.
ada orang tegur buat kita give up
ada orang tegur buat kita bersemangat.

ni video baru matluthfi.
cuba tengok kalau awak jenis "bob"


'kau'


aku nak bagitahu.
entry ini buat 'kau' yang dia akan tahu siapa diri dia itu
entry ini panjang dengan bebelan aku
entry ini penuh dengan kata hati aku
sebab aku tak reti nak susun ayat bila muka dan muka bertemu
entry ini tersurat apa yang ego aku halang untuk bagitahu
tapi tak semua, masih lagi ada yang tersekat kat dinding ego buat jari aku terbeku
entry ini akan buat kau bosan, mengantuk, menguap bertalu talu
kalau nak baca jangan maki aku
aku sarankan biarkan je entry ni berhabuk untuk 'kau' yang sorang tu
itupun kalau dia sudi singgah kat blog usang aku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


aku tahu kau ada susah.
aku tahu kau ada sebab.
aku tahu tak semua boleh cerita
aku tahu tak senang jugak kau simpan semua
aku tahu.

aku tahu sebab kau selalu marah
aku tahu niat kau menegur
aku tahu kau nak yang baik buat aku
aku tahu .

terima kasih kau banyak membantu
terima kasih kau selalu ingatkan aku
terima kasih kau ambil berat tentang aku
terima kasih atas doa kau yang baik baik buat aku
terima kasih

maaf aku tak pernah faham
maaf aku tak membantu
maaf gurau aku melampau
maaf bahasa aku kasar
maaf.

tarikh, waktu entry ini publish
aku schedule kan.
lebih kurang waktu kau dah sampai airport
aku masih dalam kelas waktu ini
maaf lagi, aku tahu tentang semua ini.
aku tak tahu kenapa kau nak rahsiakan lagi
kenapa kau tak terus terang dengan kami?

aku tak pasti andai aku boleh kawal emosi nanti
aku tak pasti andai aku boleh tahan dari marah kau nanti

semoga kau baik baik jalani hari hari kau nanti
semoga kau tabah dalam apa jua yang kau hadapi
aku akan sentiasa doa untuk kau disini.

andai nanti kau jatuh
andai nanti kau gagal
jangan lupa kami masih ada disni
jangan lupa berdoa kepada illahi

kau yang ajar aku semua ini
kau ajar untuk selalu bergantung harap pada illahi
kau selalu ingatkan aku untuk berdoa jangan berhenti
kau juga pesan agar aku tak lupakan semua ini
aku tak lupa dan sedang cuba untuk perbaiki diri.

entry ini penuh dengan emosi
macam dah takkan jumpa lagi
macam surat wasiat orang yang bakal mati
atau mungkin surat buat kekasih yang tinggalkan diri ini
ahh!! apa aku peduli.
aku punya belog aku boleh buat ikut suka hati
tak tau apa respon kau nanti
nak gelak guling guling, nak suka, atau nak turut beremosi
yang penting aku dah muntahkan semua yang aku simpan selama ni
semua kata kata yang terhalang dek dinding ego yang tinggi
lebih tinggi dari diri sendiri yang tak sampai tinggi 5 kaki
sampai sini je aku bebel buat kali ini
terima kasih sekali lagi.





hari ini




aku 
serabut

aku
runsing

tentang apa?
aku pon tak pasti.

ibarat mayat hidup
berkeliaran di fakuklti

perlu untuk balik dan cari terapi yg baik untuk diri

senyum




esok ada exam.
5 jam menghadap laptop
tapi tak ada satu pon masuk kepala
entah menyeleweng ke mana je fokus aku
serabut dengan pelbagai masalah yang remeh temeh
motif sangat buat entri tengah2 malam gini.
tak. cuma nak senyum je untuk semua pembaca.
:) :) :)
nah aku senyum untuk korang.
sebab senyum itu sedekah.
sebab senyum tu ubat segala duka
sebab senyum tu mampu buat ubat duka orang lain jugak.
senyum. jom senyum ramai2.
lupakan sekejap masalah dalam kepala.






menyorok




susah,
senang,
keluhan,
gelak tawa
 kongsi di laman sosial

aku menyorok baca
aku menyorok tak kata apa apa
aku faham apa kau rasa
maaf, aku tak pandai dalam kata kata
cuma menyorok saja

rahsia- 2





simpan rahsia tu selagi kau mampu
bila nanti aku tahu
dah lambat untuk kau cerita pada aku
aku takkan mahu penjelasan kamu


rahsia- 1





rahsia.
kau ada. aku pon ada.
ada yang kau perlu tahu, aku cerita.
ada yang aku perlu tahu tapi kau simpan saja.

sakit.
sakit kau simpan, itu aku tahu.
sakit lagi bila aku tahu, tapi bukan dari diri kamu.
sampai bila? boleh bagitahu aku?
sampai nanti bila kita dah takkan ketemu?
waktu itu baru kau nak jelas pada aku?
untuk apa? waktu itu?





keliru




keliru dengan rasa sendiri
tak tahu apa mahu hati
aku sendiri pon tak pasti
apa yinginnya diri

ketawa






aku bisa ketawa
aku bisa senyum gembira
tp itu semua sementara

sempurna





andai sempurna yang engkau cari
kau takkan pernah puas hati
dengan pemberian illahi.


pulih





hati. makin pulih
aku janji. taknak toleh.
nak buang kau. itu aku pilih.
kerana terlalu ingat buat aku letih.




apa maksud mimpi






apa maksud mimpi?
rindu? cinta? atau benci?
kenapa kau ada dalam mimpi?
kenapa mimpi berkali kali??







pergi



andai kau dah pasti
yang kau bakal pergi
jangan tinggalkan kesan yang menyayat hati
aku tak cukup tabah nak hantar kau pergi
andai aku rindu nanti
aku tak pasti kalau aku dapat tahan air mata sendiri
aku tak tahu kalau aku masih boleh senyum sendiri
bila aku teringat kenangan kita nanti

tahu menahu


aku tertahu
sesuatu yang mereka anggap aku tak perlu tahu
sesuatu yang aku tak mahu tahu
sesuatu yang aku pasti akan tahu

kau keliru tentang apa yang aku tahu?

aku pon keliru dengan rasa aku

sedih, kecewa, sakit, semua ada dalam diri aku
padan muka juga untuk aku
sesuka hati, memandai bermain dengan soal hati
siapa suruh perasan sendiri
siapa suruh sibuk ambil tahu lagi.

ada cinta




cinta.
satu rasa.

wujud.
antara kau dan dia.

aku lihat.
itu saja.

aku takkan percaya lagi dengan kata kata.
lebih selesa sendiri.


inginku




ingin aku
lari jauh
terbang tinggi
berenang dalam

ingin aku menyorok dari realiti
aku malu dengan diri sendiri.

diam




pada api yang marak
jangan dituangkan minyak.

teguran,amarah
kita dengar walaupun taknak terima
jangan menjawab ikut angin kita
takkan habis episod derama 
kalau masing2 tunjuk besar kepala.

luahan aku



keras aku berkata

kasar aku bergurau

tak bermaksud aku tak ada perasaan

cuma

aku tak mahu jadi lemah

tapi aku tetap berperasaan
aku tetap seorang perempuan.

tak minta kau hargai
cuma sekurang kurangnya memahami.

aku siapa?



aku, kau pandang.
aku balas pandangan, kosong

aku, kau marah.
aku diam, terima

aku, kau tegur,
aku angguk, tanda setuju.

aku, kau hina.
aku senyap, makan hati.

aku, kau pujuk
aku elak, takut jatuh hati.

aku siapa?
tempat kau lepaskan semua emosi???

andai



andai aku boleh scan
otak, hati kamu
pasti air mata tak henti,
ibarat hujan  mengalir di pipi

tapi.....

andai kamu boleh scan
otak aku, hati aku
pasti kau tak tergamak buat aku begitu
pasti kau tak sampai hati berkata macam macam pada aku.

aku yakin..

tertanya-tanya



layakkah aku?
bolehkah aku?
mampukah aku?
mungkinkah aku?

tertanya tanya pada diri sendiri.
ikut kata hati?
orang kata kelak diri ini mati.
ikut rasa diri?
takut binasa sendiri nanti.

ada



ada rasa
sukar dijelaskan
tp bila kau rasa,
kau senyum sendiri

ada peristiwa
sukar dilupa
bila kau ingat
kau menangis sendiri.

dugaan



dugaan selalu datang
bila kita tak bersedia

jangan mengeluh
terima seadanya
itu membuat diri menjadi lebih tabah
itu membuat kita lebuh baik dari kita yang semalam.

wahai hati



wahai hati
bertabah lah

belum tiba masanya
belum jumpa orangnya

wahai hati
jangan jatuh lagi
kau belum baik pulih sepenuhnya lagi
jangan biar diri sakit lagi

lelaki



dia suruh kita jadi diri sendiri.
kemudian dia nilai diri kita ikut pendapat dia sendiri.
gedik, sombong, perasan, gatal, jahat..
apa sebenarnya dia mahu?

dia mahu calon isteri yang solehah.
lebih labuh tudung lebih baik
kemudian dia nilai paras rupa kita
hodoh, hitam, gemuk, pendek.
apa sebenarnya dia mahu?

habis menilai,
habis mengutuk,
dia buang kita kerana banyak lagi pilihan lebih baik,
dia rijek kita ibarat kita tiada nilai diri.

adil?

dia kata perempuan cerewet,
dia kata perempuan rumit.
habis dia ingat untuk apa kalau bukan untuk nampak sempurna pada mata dia??

ibarat dunia ini, dia saja yang ada hak.
perempuan? mana pergi hak kami?






berhenti


berhenti menjadi seorang yang prejudis

berhenti menilai.

berhenti memilih kasih.

berhenti menindas.

sekejap. cuma sekejap.

jadi seorang yang optimis.

kita corakkan dunia dengan adil.

Birthday Giveaway by Blog Rabiatul Rahim




http://rabiatul-adawiyahcute.blogspot.com/2013/10/birthday-giveaway-by-blog-rabiatul-rahim.html

hari ni birthdayyyyyyy akak comel ni yang ke 22.
jom join GA special sempena birthdayyyyyy dia !!!!
happy birthdayyyyyyyy yayaaaa!!!!


single is ok



1 tahun, 2 tahun, 3 tahun 
dan teruskan lagi untuk bertahun tahun. 

Aku sendiri. 
Hati tak cukup kental nak bersedia untuk kena tinggal. 

lagi dan lagi dan lagi

Ya, aku pilih untuk single.

hati tak mampu lagi untuk sambut mainan lelaki.

biar






biarkan apa kata hati
biarkan apa mahu hati
biarkan saja dengan hati
usah pedulikan hati
kerana lagi ikut lagi dalam kesan luka nanti.

hapus



sofa, tmepat manja
buang.

rumah, kau selalu singgah
pindah.

kenangan, kau beri.
bila kau nak datang ambil?

makan hati








terlalu banyak makan hati
tak lalu nak makan nasi.






biasa



aku
dah
biasa
diketepikan
bila
hadir
orang
baru.

takpe.

ibarat
dapat
adik
baru.

aku
ok
walau
ada
sedikit
rasa
cemburu.

teruskanlah
abaikan
aku.


mayat hidup



kau
tahu
apa
rasa
hidup
tanpa
handphone?

mayat
hidup.
itu
ibaratnya.

satu rasa






telan.
tak sanggup

luah.
tak sampai hati.

cari sudut
menangis sendiri.

hadiah



hadiah hari jadi?
bb merajuk
dan aku sunyi.

terima kasih bb.

wahai hati



hati terpaksa berfungsi 
walauoun dalam kondisi yang teruk sekali

\
tabahlah wahai hati..



21 tahun 2 hari
terlalu busy untuk wish hari jadi sendiri.
moga jaga diri dengan baik sekali.
itu ucapan aku untuk aku.

masa



masa itu racist
kau setuju?
masa selalu tunggu orang melayu.
sebab tu mereka selesa dgn sikap tak tepati masa.

biar



biar hidup bersederhana
biar orang tak tahu kebolehan kita
biar kurang bertutur kata

asalkan orang tak meluat dengan kita
asalkan orang masih hormat kita
tak perlu menunjuk nunjuk apa kita ada.