Followers

'kau'


aku nak bagitahu.
entry ini buat 'kau' yang dia akan tahu siapa diri dia itu
entry ini panjang dengan bebelan aku
entry ini penuh dengan kata hati aku
sebab aku tak reti nak susun ayat bila muka dan muka bertemu
entry ini tersurat apa yang ego aku halang untuk bagitahu
tapi tak semua, masih lagi ada yang tersekat kat dinding ego buat jari aku terbeku
entry ini akan buat kau bosan, mengantuk, menguap bertalu talu
kalau nak baca jangan maki aku
aku sarankan biarkan je entry ni berhabuk untuk 'kau' yang sorang tu
itupun kalau dia sudi singgah kat blog usang aku.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------


aku tahu kau ada susah.
aku tahu kau ada sebab.
aku tahu tak semua boleh cerita
aku tahu tak senang jugak kau simpan semua
aku tahu.

aku tahu sebab kau selalu marah
aku tahu niat kau menegur
aku tahu kau nak yang baik buat aku
aku tahu .

terima kasih kau banyak membantu
terima kasih kau selalu ingatkan aku
terima kasih kau ambil berat tentang aku
terima kasih atas doa kau yang baik baik buat aku
terima kasih

maaf aku tak pernah faham
maaf aku tak membantu
maaf gurau aku melampau
maaf bahasa aku kasar
maaf.

tarikh, waktu entry ini publish
aku schedule kan.
lebih kurang waktu kau dah sampai airport
aku masih dalam kelas waktu ini
maaf lagi, aku tahu tentang semua ini.
aku tak tahu kenapa kau nak rahsiakan lagi
kenapa kau tak terus terang dengan kami?

aku tak pasti andai aku boleh kawal emosi nanti
aku tak pasti andai aku boleh tahan dari marah kau nanti

semoga kau baik baik jalani hari hari kau nanti
semoga kau tabah dalam apa jua yang kau hadapi
aku akan sentiasa doa untuk kau disini.

andai nanti kau jatuh
andai nanti kau gagal
jangan lupa kami masih ada disni
jangan lupa berdoa kepada illahi

kau yang ajar aku semua ini
kau ajar untuk selalu bergantung harap pada illahi
kau selalu ingatkan aku untuk berdoa jangan berhenti
kau juga pesan agar aku tak lupakan semua ini
aku tak lupa dan sedang cuba untuk perbaiki diri.

entry ini penuh dengan emosi
macam dah takkan jumpa lagi
macam surat wasiat orang yang bakal mati
atau mungkin surat buat kekasih yang tinggalkan diri ini
ahh!! apa aku peduli.
aku punya belog aku boleh buat ikut suka hati
tak tau apa respon kau nanti
nak gelak guling guling, nak suka, atau nak turut beremosi
yang penting aku dah muntahkan semua yang aku simpan selama ni
semua kata kata yang terhalang dek dinding ego yang tinggi
lebih tinggi dari diri sendiri yang tak sampai tinggi 5 kaki
sampai sini je aku bebel buat kali ini
terima kasih sekali lagi.





0 comments:

Post a Comment