Followers

suatu rasa aku



kau tahu apa rasa
bila tengok kawan2 busy fyp dan kau tersangkut?

kau tahu apa rasa
bila tengok kawan2 seperjuangan kat metrik dulu
bakal grad sama2 dan kau tersangkut?

kau tahu apa rasa
dengar cerita kawan2 sibuk sembang tentang tempat praktikal dan kau tak mampu?

kau tahu apa rasa
bila duduk kat bawah, dan dongak tengok orang kat atas?

kau tahu apa rasa aku?

tahu apa rasa
bila perlu pura pura tak kisah?

tahu apa rasa
bila perlu tipu tipu senyum dengar cerita mereka?

tahu apa rasa 
bila terpaksa buat nada rileks je bagitahu yang aku bakal lanjutkan semester?

itu bukan suka suka
itu adalah terpaksa

mana ada orang suka bila gagal
mana ada orang gembira bila nampak bodoh
mana ada orang seronok duduk di bawah.

kau tahu apa aku rasa?
aku rasa aku tak berguna.






1 comments:

Eyma Balkish said...

Bersabarlah...teruskan usaha dan jangan sesekali berputus asa...

Post a Comment