Followers

tahniah lahanat




entry ni untuk encik bekas kekasih hati
jujur betul entry aku kali ni
tahniah buat kau, lahanat
walaupun aku panggil kau lahanat, 
tahniah aku ikhlas.
ini sedikit terlambat
aku tetap nak ucap tahniah
kau dah konvo, aku tahu.
selamat datang ke dunia degree.

p/s: boleh ke aku nak tumpang gembira? masih boleh aku nak menumpang?


lelaki itu




lelaki itu
sakiti aku

lelaki itu
hina aku

lelaki itu
buang aku

lelaki itu 
tuduh aku

tapi lelaki itu yang aku tunggu. 
masih menunggu.
ye, aku dungu.

mati




tak ada hatidi sini
tak cukup tabah nak pulang
berhenti. biar masa yang jalan. aku berhenti
mayat hidup, itu perumpamaan aku sekarang




dia kawan





dia kantoi pernah buat maksiat
mungkin dia lupa
allah tahu semua
tersirat tersurat
aku pon bukan bidadari turun dari syurga
nak betul kan dia aku pon ntah ke mana
cuma mampu tolong berdoa
dia, kawan.

u should know



aku tahu kau ni baik orangnya
tapi baik kau perlu berpada-pada
jangan sampai dapat title jantan celaka
sebab perempuan ni mudah tersentuh hatinya
tak semua orang faham kau punya cara
kau tak boleh ubah orang lain ikut kau punya suka
walaupun aku tahu niat kau nak membantu sebenarnya



ini




tune  playlist favourite pada volume maximum
sumbat telinga, pekak kan diri
endahkan dunia realiti
pejam mata rapat, reka dunia sendiri
itu terapi aku bila otak dan hati dah tak mampu berfungsi



bagasi




janji untuk bersama, aku percaya
dia curang, janji diingkar
angkat bagasi, sarung kasut tumit tinggi 3 inci
beredar, ikutkan ammarah dlm diri, membawa diri
sekarang tak tahu mana nak pergi
dengan bagasi yg penuh berisi
terkapai kapai cuba untuk hidup sendiri.




sisa



kalau semua kau bagi dekat ntah mana mana lelaki
apa je kau simpan untuk encik bakal suami?
sisa? sisa yang kau dah bagi orang lain ratah?

untuk kawan




Wahai kawan, 
aku tahu aku tak baik mana. 
Aku tahu aku pon buat dosa. 
Tapi aku nak beringat, agar kita sama sama kejar syurga.

Wahai kawan, 
aku pon selalu lakukan dosa. 
Aku pon selalu berdusta.
berdoalah.
apa pon kita nak buat, minta jauh dari bermaksiat.

Wahai kawan, 
peganglah tangan aku. 
Sama sama kita maju.
Jangan toleh belakang, jangan menyimpang.
Tarik tangan aku bila aku salah hala tuju, 
aku pon akan buat begitu. 
Syurga destinasi yg kita tuju.

Wahai kawan, 
bila aku berdoa, minta kau tadah tangan aminkan. 
aku juga akan buat sedemikian. 
Dalam doa aku pasti ada kamu. 
Harap kau pon begitu.




hilang




apa mahu hati
sendiri pon tak pasti
tapi kebelakangan ni perangai mcm orang mintak kena kaki.





pailang



masuk tempat orang
ikut rentank orang
bukan buat pailang.
bukan tunjuk belang.

|untitled|




hak orang untuk dikongsi bersama
hak dia simpan untuk sendiri
boyfriend orang dia sailang semua
boyfriend dia, dia simpan dalam peti




cerita aku



cerita aku
tak seindah fairytale zaman dulu
tak selancar macam dalam novel melayu
tak juga sedih ibarat bersamamu

cerita aku
kau takkan pernah tahu

suka? cinta?





tak tahu antara kita ada apa
tapi aku ada satu rasa aku simpan dah lama
yang pasti itu satu rasa yang aku tak suka.

kau rasa?




kau rasa
dua orang yang ada cerita yang sama
mampu bahagia bila bersama?

kau rasa
dua orang yang ada cerita yang sama
mampu memahami sesama sendiri bila dah bercinta?

kau rasa
dua orang yang ada cerita yang sama
mampu melengkapi masing masing bila berdua?


lelaki celaka



perempuan.
buat apa saja
untuk siapa saja
yang bertakhta di hati dia

perempuan.
menangis, merajuk, ketawa
banyak emosi dia
sebab rapuh hati dia

perempuan.
kau buat sebagai pencuci mata
kau tak peduli pengorbanannya
kau tak nampak keikhlasan dia

perempuan.
kau ambil kesempatan atas dia
kau guna dia untuk kesenangaan kau semahunya
kau dasar lelaki celaka!!!

simpan





aku belajar untuk simpan rasa
supaya hati takkan kecewa
supaya tak ada yang boleh korek rahsia
sebab manusia ni tak ada sorang pon boleh percaya








Segmen #Listing Your URL blog



http://botak-gambus.blogspot.com/2013/11/segmen-listing-your-url-blog.html




disakiti. menyakiti





jangan tanya sebab apa
hati ini masih belum ada penghuninya.

jangan tanya kenapa
dia dah boleh berbahagia dengan yang lain

menyakiti itu senang
disakiti itu terkesan dalam.

itu beza dia dan aku

sampai bila




sampai bila?
sampai bila sakit ini nak pergi?
tak bagi chan aku nak bahagia kembali.



surat untuk bakal kekasih hati

kepada: encik bakal kekasih hati

saya ada sekeping hati yang rapuh, susah nak dijaga
saya ada perasaan kuat cemburu, yang merimaskan awak
saya ada secebis kasih sayang, nak kongsi bersama

tapi saya tak romentik
tapi saya tak pandai karang ayat manis
tapi saya tak manja

saya keras orangnya
saya kasar dalam bertutur kata
saya tak pandai bergaya

tak ada yang istimewa tentang diri saya

harap awak tak kisah tak ada surprise di hari jadi
harap awak tak ambil hati sebab saya takkan ingat anniversary
harap awak tak fed up bercinta dengan tunggul macam saya

yang ikhlas: saya yang tak tahu bercinta



persoalan kamu


kau hulur tangan minta disambut
aku berpaling lalu pergi
maaf, belum bersedia lagi
hati ini belum pulih lagi
belum terbuka lagi pintu dihati
tak berani nak main soal hati.



perlahan




perlahan-lahan
kau cuba merangkak masuk ke hati.
hati yang dah berkecai ini
harap kau tak melebihi had garisan yg aku lukis
takut kelak kawan pon tak dapat nak jadi.