Followers

soalan



keliru kau buat aku

tak keruan kau buat aku

tertanya tanya kau buat aku

tertunggu tunggu jawapan daripada kamu

siapa dia pada kamu?

siapa pula aku yg kau luah rasa bertalu talu?

apa itu semua palsu??

kenapa aku?

kenapa kau tinggal dulu?

kenapa kau pilih curang dulu?

kenapa kau muncul bagi harapan baru?

banyak tak soalan aku?


akal ada kan?



buat apa pon
cakap apa pon
fikir dulu lah bro
akal ada kan?

buta, tuli



buat buta, buat tuli
lebih baik daripada sibuk sana sini
tambah dosa kering sendiri.

berserah nak percaya atau tak



awak percaya tuhan?
tuhan selalu ada
awak tadah je tangan
mintak, mengadu dekat dia

awak percaya perasaan?
perasaan selalu ada
awak jangan layankan
takut nanti kecewa

saya tak nasihat saja saja
saya dah pernah rasa
bukan saya takde rasa
tapi saya pilih simpankan saja

awak dah faham kenapa saya tak peduli?
sebab saya takut nanti patah hati
awak ingat saya tak iri hati
tengok awak menggatal sana sini?

belum masanya lagi
untuk bermain dengan soal hati
jauh lagi perjalanan hidup ini
bukan semata untuk layankan kehendak hati


hidup



jangan biar diri selesa bersandar
kadang kadang nasib tak selalu menyeblahi kita
didik diri untuk berdiri sendiri
kelak susah tak ada yang mendekati

woi lelaki!!!



hati kau berbelah bagi
kau usik hati perempuan sana sini
sekarang kau bagitau kat sini
macam mana nak aku percaya lagi?
kau sendiri pon belum pasti
apa benar ini kehendak hati
atau kau cuma mahukan pemecah sunyi
sementara kau pertemu jodoh kau untuk digelar isteri
kejam kau sang lelaki
apa kau anggap hati kami
mcm dota kau main buat hilang bosan sendiri?
sesuka hati luahkan isi hati
ntah betul atau saja mahu pablisiti
suka suka kau datang, suka suka kau pergi

atok




Love is when you keep listening to this dude telling you how much he misses his wife. Baru sehari tak jumpa la bro. Dah nak rindu rindu pulak. Mengada. Love is when he keeps her photograph on his bedside. It's bragging about how beautiful his wife is. The need to tell all the nurses, doctors, visitors just how really amazing this woman is. Love is getting mad at your cucu for driving the car fast when your wife is in it.

yes. yes. this is a true story. story of my atok.
he is now laying in the hospital.
and tah, my nenek.. had cried all day long. for days, havent eat and drinks.
they have been together for 62 years. never be apart from each other
help pray for atok's health. 


apa?



apa yang boleh buat saya percaya
awak tak sama dengan lain lain lelaki
saya tak nak nanti saya percaya
saya bakal patah hati lagi.

3 bulan :'(



saya susah lepaskan
semua yang pernah beri kenangan
hari ni dah genap 3 bulan
bb usang kehilangan
aku masih belum menggantikan

3bulan tanpa phone. kau mampu?

kau dan aku


KAU,

saat kau katakan sayang
saat kau luahkan rindu
saat semuanya tampak indah
masih terpahat dalam ingatan aku

saat kau curang itu hari
saat kau luah kata benci
saat kau kata menyesal dengan semua ini
ada lagi parut itu di hati

saat kau jatuh, bangun
saat kau gembira, duka
saat kau ketawa menangis
aku perhati dari sudut

AKU,

aku tak katakan sayang
aku tak luahkan rindu
aku simpan semua itu
harap tuhan bayar rasa aku

aku tak tergamak nak curang
walau beribu yang datang
tak terfikir akan benci
walau apa pun yang terjadi

saat aku jatuh, bangun
saat aku gembira, sedih
saat aku ketawa, menangis
mengharap kau masih peduli
aku tau itu semua mimpi

SEKARANG,

dari kawan jadi kekasih,
sampai saling tak mengenali
aku masih ambil berat, aku masih kisah.




kelakar bukan?



pernah ada rasa
tak tahu nak luah pada siapa
ingin tulis diari
tapi malu sendiri
kelakar bukan?

tak tahu menahu



tak tahu
tak menahu
sejak bila
hadir rasa


tak tahu
tak menahu
sampai kapan
nak layankan perasaan


tak tahu
tak menahu
apa lagi
mahunya hati

ubat



tak selalu ada di atas
tak senang duduk di bawah
masalah tak pernah pergi
tp kita jangan pernah berhenti senyum
itu mungkin bukan ubat untuk masalah kita
tapi boleh jadi pengubat duka orang sekeliling kita

bukan saja saja



bukan saja saja aku
melayan teruk kamu

bukan saja saja aku
tak bercakap dengan kamu

bukan saja saja aku
elak daripada kamu

cuma aku
takut aku 
emosi aku
tak terkawal aku
tak mahu sakit hati kamu

layan



kadang kadang sebab ada yang melayan
kerenah kita jadi menjelekkan
maaf, tak disengajakan.


dingin



luahkan aku ingin
tak tahu pada siapa
keadaan semacam dingin
ntah sebab apa

diam aku
menyepi sendiri
jgn tya aku
sudag pun terasa hati.

kosong


duduk di penjuru sendiri
sekejap sekejap lenguh, aku berdiri
pandang atas, bawah, kanan, kiri
pandangan kosong tak berisi
otak melayang tak mahu kembali
duduk berdiri silih ganti
berjam-jam, berhari-hari

////



jangan faham
tak perlu faham
cuma aku faham

jangan cerita
tak perlu cerita
cuma aku cerita

jangan pandang
tak perlu pandang
cuma aku pandang

faham, cerita pandang
jangan, jangan, jangan.
jangan cuba, jangan buat
cuma aku bisa.
cuma aku

kalau boleh



kalau boleh ulang
hari itu
kita luah rasa
aku akan diam

kalau boleh tahu
kita bakal tak bertegur
saling tak mengenal
aku takkan cuba

kalau boleh
aku mahu
berkawan kekal
berkongsi cerita
sembang bola
lepak mamak
sama sama
smpi bila bila kita kawan saja
tiada mainan perasaan antara dua

nahh!!!! baca!!




bumi kita



jangan buang sampah merata rata
jangan rosakkan alam semulajadi kita
bumi ini dah semakin sarat tua
simpanlah untuk anak cucu kita merasa

tak lama



katalah
sayang, cinta, suka
aku dengar saja
biar masa yang buktikannya
dusta
kata dusta belaka

layanlah
mcm mana semahunya
aku biarkan saja
biar masa berbicara
tak lama
takkan lama tahannya

hati memang mudah berubah
aku tak fitnah
biar masa yang buktikan
aku duduk takkan layan
semuanya permainan perasaan




sendiri



pernah sendiri kata
sunyi itu bila terasa sendiri dalam ramai
sekarang rasa sendiri
terasa sunyi walaupun dalam kumpulan

clueless



sendiri pon keliru apa mahu diri
mcm mana nak berdepan dengan diri sendiri lagi?
berbeza apa di kepala dan hati
ingin saja berdiri kaku dan lihat semua yang jadi

singgah



lalu saja
jangan singgah
andai singah
jangan pergi

lalu saja
jangan singgah
jangan mulakan
permainan hati

lalu saja
jangan singah
lalu, pergi.
singggah jangan

benci


benci itu lahir dari hati.
perlu untuk hapuskan benci
bawak bawak lah cuci hati

bantu aku



bantu aku
jangan datang lagi dekat aku

bantu aku
aku sedang berusaha nak maju

bantu aku
jaga diri kamu baik baik selalu

bantu aku
jaga keluarga kamu untuk aku

bantu aku
terus berjaya dan terud bahagiakan dirimu


atap



atap
tempat berlindung
dari dipanah petir
dari dibasah hujan
dari terik panas

atap
lindungi aku
jagakan aku
tempat berteduh

atap itu
hilang
ditiup angin
aku perlu atap baru
sudikah kamu?

pergi



pergi

jauh

lagi

pergi

jangan 

kembali

pergi

lagi

pergi

merai

pergi

biar aku mati

pergi

pergi


cinta


dengan adanya cinta
waktu berjalan lebih pantas
apa ada dengan cinta


pantas


pantas
masa berlalu

pantas
anak kecik membesar

pantas
ibu abah berusia

pantas
tak terkejar masa

dan aku
kaku
berdiri situ
bergerak tak mahu
kaku
lihat waktu berlalu
masih tak melangkah maju
aku kaku

ilmu


ilmu ditimba
bukan untuk kau jadi bongkak
bukan suruh angkat hidung tinggi cecah langit

ilmu itu
untum kamu
teruskan hidup

biar


biar buta mata
jangan buta hati

biar luka badan
jangan luka hati

biar rasa sunyi
jangan rasa sakit hati

biarkan saja sendiri
jangan sibuk

kalaupun



tak perlu faham
cuma perlu terima
terima itu perlu ikhlas juga

takkan pernah dapat
andai mahu faham
manusia berbeza
kau tak sarung dalam kasut aku
kalau pon kasut yang sama kita kongsi
mungkin selesa aku sarung, namun ketat bagi kau
cerita hidup takkan pernah sama

sahabat,
tak perlu faham
cuma perlu terima
terima seadanya.

waktu



waktu
meratah usia
dari muda jadi tua
dari sihat jadi sakit

waktu
meratah usia
si rupawan dah berkedut dimuka
tinggi segak kini bongkok

waktu
meratah usia
dah terlentang tak bermaya
itu peringatan bagi kita

waktu
meratah usia
sampai masa tuhan ambil nyawa
itu waktu kita sedar betapa luasnya dunia

waktu
meratah usia

teruskan



berdiri
teruskan berjalan

lap air mata
teruskan senyum

ulang di setiap jatuh
ulang di setiap hari
ulang dan terus ulang




cuma ada


burung
ada dua sayap

ayam
ada dua kaki

ikan
ada dua mata

aku
cuma ada satu hati

sempurna bukan aku



jangan benci aku

salah silap aku

gedik mengada ngada aku

jangan benci aku

manusia juga aku

perempuan juga aku

jangan benci aku




letak tangan



letak tangan pada hati
dengar berdegup?
syukur masih berfungsi

letak tangan pada mata
tak nampak?
syukur dengan penglihatan diberi


jangan biar



jangan biar
rasa itu lenyap
walaupun aku senyap

jangan biar
diri ini sendiri
walaupun nampak tabah diri ini

jangan biar
hati bertukar tukar
biarpun aku tak bersuara

jangan biarkan
jangan
mohon jangan


layak



layak bukan cerita dia

cuma

belum bersedia


cinta sahabat


cinta sahabat
sukar nak dapat
banyak cuma pura pura
baik kita digunanya
belakang kita ditikamnya

cinta sahabat
sukar nak dapat.



bertalu talu tembakan
terus ke hati
pada satu waktu

terduduk aku
terkejut aku

perlukan kekuatan
untuk berdepan semua ini

.

.
.
.
.
.
couldn't be any stronger right now :'(
.
.
.
.
.

aku, kau



aku, kau ada rasa
tak tahu kalau sama atau berbeza

aku kau ada rasa
tapi masa depan tak dapat dijangka

aku kau ada rasa
ada rasa

pepatah



yang dikejar tak dapat
yang dikendong berciciran
perbuatan ini selalu diakhiri dengan penyesalan

banyak kali


banyak kali aku didik diri
jangan senang percaya lelaki
hampir tewas kali ini
tabahlah wahai hati

luas



luas terbentang depan mata
bahagia dapat menikmatinya



luaskan minda awak semua
semua masalah ada penyelesaiannya


judgemental



kita beriya iya nak jadi peguam
memblea diri
bila kita lakukan kesilapan

kita beriya iya nak jadi hakim
menghukum orang
bila mereka lakukan kesalahan

renungkan

keliru



jangan mempermainkan perasaan orang
andai sendiri tak tahu apa mahu hati

jangan main teka teki dengan orang
andai kau sendiri yang keliru

jangan janji



waktu berjalan
bumi berputar
dan kau takkan tahu
dimana penghujungnya
kau takkan pasti sampai bila kau mampu bernafas
jadi jangan janji



sayang, rasa kau



sayang,
rasa kau
biar jadi rahsia

sayang,
rasa kau
biar kau je yang tahu

sayang,
rasa kau
jangan dicerita

sayang,
rasa kau
jangan ditunjuk tunjuk

sayang,
rasa kau
mengadu pada tuhan

sayang,
rasa kau
biar Allah yang uruskan

sayang,
rasa kau
biar apa pon
suka, benci, cinta, sayang
simpanlah sendiri
takut kelak kau luahkan
kau yang sakit hati
atau mana mana pihak bakal salah erti


sayang,
rasa kau
simpanlah sendiri.

sayang,
aku sayang kau
kau takkan mengerti
kau juga tak perlu tahu
kerna aku juga
simpan sendiri

sayang,
jaga lah diri.
jaga hati orang sekeliling sekali




terima kasih


terima kasih
sebab bagi aku tumpang bahagia

terima kasih
tolong hilangkan sunyi

terima kasih
buat aku senyum, gelak, ketawa

terima kasih
ambil berat tentang aku

terima kasih
atas kata kata semangat kau selalu bagi

walau itu sementara
walau aku tak tahu apa erti itu sebenarnya

seronokkan bagi aku main teka teka?
sekarang kau hilang ntah kemana
lepas hari hari kau bertandang disetiap pelusuk yang aku ada
tak apa, kalau itu yang buat kau rasa gembira
sebab kau dah selalu buat aku gembira,
ini boleh dikira aku bayar semula

terima kasih.


untuk kamu



blog aku
umpama sarapan pagi kamu
jadi ini untuk kamu
terima kasih sudi setia singgah ni blog usang aku



anak



anak,
kau lahir di zaman berbeza
banyak gejala tak baik diluar sana

anak,
kau lahir semua dah adaa
kau tak rasa susah tu macam mana
susah kau akan berbeza

anak,
jalanlah lihat dunia
terbang lah sejauh mana
biar penuh badan dengan parut luka
itu cara kita nak kenal dunia

anak,
akan aku doakan
akan aku memohon,
akan aku bantu

anak,
kau membesarlah
kau matanglah
kau dewasalah

anak,
kau tetapkan iman
biar apa orang nak katakan
yang pasti kau kenal tuhan

dunhill



nama dia dunhill
kawan karib aku

tika layan bola dimamak borak borak dengan kawan lama
waktu berak teran teran dalam jamban
semasa sendiri di setiap hari

nama dia dunhill
dia selalu ada untuk aku

nama dia dunhill
dalam diam dia membunuhku
dan aku selesa dengan itu


tak terkira



pernah kira
nafas yang kita pinjam?
dari hari melihat dunia sampai hari kita berlumuran pernuh dosa?
pasti takkan terkira

pernah kira
nikmat yang kita ada?
daripada dua pasang kaki untuk berjalan
sampai setebal tebal duit dalam kocek untuk kita bazirkan
pasti takkan terkira

pernah kira
keluasan syurga?
ataupun tahap kepanasan neraka?
pasti takkan terkira.

jadi kenapa masih tak mahu sujud, akur kepadaNya?


rasa untuk kamu



ingin aku tulis rindu
pada sebuah buku setebal kamu
rasa untuk kamu
tapi tak cukup

ingin aku lukis rindu
secantik pemandangan petang
rasa untuk kamu
tapi tak cukup

ingin aku teriak rindu
sekuat hati aku
rasa untuk kamu'tapi tak cukup

ingin akusampaikan rindu
rasa untuk kamu
tapi mahukah kau peduli?

nilai


berapa nilai awak?
boleh saya nak beli????
letak satu nilai
aku nak tengok berapa tinggi kau letak diri sendiri



kira-kira


sehari, sebulan, setahun
bukan aku nak kira
tapi waktu yang tlong mengira
aku kalau boleh taknak kira
kalau boleh nak buang jauh jauh calculator
aku taknak kira
waktu itu menyeksa

semalam



baru semalam kau datang tabur kata kata
manis macam baru telan sebalang gula
hari ni aku nampak kau dengan dia
berjalan pimpin tangan, sangat mesra.


leka



siang malam berjaga
sibuk kejar dunia 
tentang akhirat, leka

tenang



hijau pokok
biru langit
putih awan
terbentang depan pandangan
tenang

kawan


kawan
bukan untuk direbut

kawan
bukan untuk dibeli

kawan
bukan untuk dikutuk

kawan 
bukan untuk dibenci

kawan
untuk bersayang

kawan 
untuk berkongsi


belai



kau belai aku
selesa aku.
suka aku.
jatuh sayangkan kamu

kau belai aku
sayangkan aku
manjakan aku

kau belai aku
cuma sementara waktu
sekejap baru
kau dah angkat kaki pergi jauh

kau belai aku dulu
percaya aku
sekarang sakit aku
kau pergi jauh

kau belai aku
cuma tipu tipu

kau belai aku


pujaan hatiku







lihat saja


dekat, sengsara
jauh, merana
hebat, berat ujian daripadaNYA
tak terluah pada siapa siapa
tak tertelan dengan sendirinya

mahu pergi tak tau kemana
mahu duduk tak sekuat mana

keluarkan hati diletak di telapak tangan kita
lihat saja
berdarah ia
lihat saja
sampai bila bila
sampai berhenti dia
tnegok saja
tak mahu buat apa apa
tengoh hati di tangan saja
lihat saja

buruk


apa guna buruk rupa kalau tak package kan sekali dengan buruk perangai
manusia sekarang lebih tertarik dengan tawaran package berbanding tawaran tunggal.
nah! aku ada package lengkap untuk kau pergi jauh daripada aku
mungkin pakcage lengkap untuk buat bahan gosip2 kutuk belakang aku.
nah. amek. amek.


maaf.



maaf, aku tak pandai jaga hati
maaf, aku tak reti nak ambil hati
maaf, aku tolak kau ke tepi
maaf, aku kata aku nak sendiri
maaf, aku tipu aku kata aku benci
maaf, aku cuma tak nak kau luka nanti
maaf, aku taknak bagi harapan yg tak pasti
maaf, bukan sekarang, mungkin nanti.
maaf.


teringin


terngin ada kawan
seorang formen
bosan bosan aku ke bengkel
lepak sembang sambil dia baiki kereta
tunjukkan aku mana letaknya enjin 
apa fungsinya absober
apa perlu buat andai timing belt bermasalah
atau bagaimana untuk tukar tayar
sebab orang selalu kata
perempuan bila ada kereta
hanya tahu pakai saja
jadi aku mahu tahu
aku mahu belajar
teringin ada kawan seorang formen kereta


andai boleh



andai boleh 
bagi aku pilihhhhh
aku mahu
tua nanti, 
aku mati, di balkoni
di suatu tempat yang tinggi
ditemani indah petang
dinyamankan dengan teh panas
disambut burung berkicauan
di dalam pangkuan sesak bandar kuala lumpur
itu andai boleh aku pilih
itu cara aku ingin pergi





aku



aku 
cepat
rasa
rimas
bila
ramai 
orang.

aku
mungkin
boleh
jadi
penyeri
dalam
ramai

aku
mungkin
boleh 
jadi
yang
paling
bising

aku
mungkin
boleh
jadi
tukang
badut

tapi
aku
lebih
suka
sendiri
sunyi
sepi
boleh
muhasabah
diri

itu
aku.


bila?



bila awak lihat ibu sarat kesakitan
usia dia semakin meningkat

bila awak lihat derita ayah di hospital
awak tau dia dah tak muda

bila itu awak perlu teguh berdiri
tak boleh jatuh lagi
bukan masa ini

bila keadaan akan pulih kembali?

percaya



aku percaya
ujian yang timpa kita
bukan untuk menjatihkan kita
pasti ada hikmahnya.


otak, hati


otak dan hati
mereka bukan kawan

otak dan hati
mereka bukan jiran

otak dan hati
tak duduk bersebelahan
atau pon berdekatan

otak dan hati
cuma ada dalam satu badan
tapi tak ada persamaan
fungsi mereka berlainan
ibarat sedang berperangan


monolog



Awak,
Tumpang menyorok dalam kain pelikat awak boleh? 
Nak tumpang sorok muka, nak menangis
Sebab org kata muka saya menangis hodoh.

Awak, 
Tumpang tanya almari baju awak ada ruang tak? 
Nak menyorok menangis.
Sebab orang kata menangis tu satu terapi jiwa.

Awak,
Saya rasa mcm tengah cakap sorang sorang ni
Awak dengar tak???

Tak ada jiwa nak duduk lama
Tak ada kekuatan untuk pergi jauh.
Perlu tempat tumpang menyorok.
Boleh? 

dulu, sekarang


Dulu, cantik
Dulu, kurus
Dulu, putih,
Dulu, kaya
Dulu ceria.
Ramai yang dekati.

Sekarang, hodoh
Sekarang, gemuk
Sekarang, hitam,
Sekarang, miskin
Sekarang, muram
Semua orang lari.

Nikmat tuhan nak tarik, sekejap boleh jadi
Mungkin sebab nak tunjuk siapa kawan siapa lawan
Atau siapa yang tikam dari belakang.
Nampak dah????


tipu



tipu kiri, tipu kanan
tipu sini, tipu sana.
tak. aku tipu.
kau tak tipu. kau bukan penipu.
cuma aku je tertipu.
berkali kali kau tipu cuma aku
berkali kali aku percaya macam dungu
sebab apa aku pon tak tahu
sebab kau hero aku suatu ketika dulu
sekarang kau tipu

sini


sini aku cerita
sini aku mengadu
sini aku menangis
sini aku ketawa
sini aku berkhayal
sini aku bermimpi

baca boleh, percaya jangan
terasa boleh, perasan jangan

ragu ragu? tanya aku
kotak komen ada di situ
jangan sana sini mengadu
tanda soal untuk aku
pulang semula pada aku
jangan hantar tanda soal kepada yang tak tahu

penting diri



bilamana kau mahu orang faham
bila kau tak mahu memahami

bilamana kau mahu orang berkorban
apabila kau tak sanggup berkorban

bilamana kau mahu disayangi
tapi kau tak pernah menyayangi

bilamana kau mahi didengari
tapi kau tak mendengar

bilamana kau mahi dilihat
tapi kau tak melihat

kau penting diri

busuk

busuk kaki
busuk kasut
kaki sarung dalam kasut
busuk berganda.
tak belum cukup busuk
tak sebusuk hati kau yg dah lama tak cuci
woi pendengki
sekali sekala bukak kalam Allah belek baca baca
hati busuk tu kasi cuci




terangkan aku


terangkan aku
aku kegelapan

terangkan aku
tunjuk aku jalan

terangkan aku
aku kebingungan

terangkan aku
aku ketakutan

terangkan laluan yang aku jalan,
bantu aku maju kehadapan
aku dah keletihan
buat baik dikata katakan
buat jahat dikutuk kutukkan
sebenarnya apa yang semua orang mahukan?

tak nak lagi


tak nak lagi tidur dengan harapan
dan esoknya bangun dengan kekecewaan
aku lebih selesa berseorangan

kenapa?




sebab kau terlalu sempurna
dan aku terlalu hina
itulah apa yang kau dah buat aku rasa.
kita jauh berbeza.




awak tahu tak?



awak, awak tahu apa salah awak?
awak suka nilai orang
berdasarkan pakai makan dia.

awak, awak tahu apa salah awak?
awak suka buat andaian sendiri tentang orang
bilamana awak tak pernah cuba untuk kenal dia

awak, awak tahu apa salah awak?
awak suka cuba untuk bermain dengan perasaan
bukan awak tak tahu betapa dalamnya luka yang pernah ada.

awak, awak tahu apa salah awak?
salahnya awak. awak penting diri.
awak nak cari sempurna untuk diri awak.
awak cuba sini, awak cuba sana.
awak lupa bukan awak seorang je ada perasaan.

awak, awak tahu apa salah awak?
salahnya awak sebab awak suka tengok guna mata
awak tak tengok guna hati.
awak tak jiwai, watak dia sebagai diri sendiri.

awak, awak tahu apa salah awak?
tak. awak tak tahu.
awak jangan cuba angguk kepala pura pura tahu.
awak tak pernah tahu.
awak tak tahu tapi saya tahu.
berapa ramai dah yang taruh perasaan dekat awak.
sebab awak suka cuba cuba.
itu kesalahan paling besar awak.
harap awak sedar.
dan berhenti berlagak macam malaikat turun dari syurga.
berhenti mengubah dan perlu untuk berubah.
sekarang, awak dah tahu apa salah awak?





cela



andai cantik yang kau pilih
andai sempurna yang kau cari
aku saran kau tengok cermin belek diri sendiri
mustahil tak ada cela pada diri
renung kembali
apa hak kau untuk pilih




indah bukan


awak rindu dia.
rasa tu indah bukan?

awak sayang dia
rasa tu indah bukan

awak keluar dengan dia
rasa tu indah bukan?

awak pegang tangan dia
rasa tu indah bukan?

awak cium pipi dia
rasa tu indah bukan?

hidup ada teman
itu semua indah bukan?

boleh aku nak tumpang rasa indah itu?

ketagih



kau buat aku ketagih
ketagihkan perhatian

kau buat aku ketagih
ketagihkan sayang

kau buat aku ketagih
ketagih kan kamu

kau buat aku ketagih
dan aku ketagih

kau buat aku ketagih

kongsi



kongsi bukan aku
tamak baru aku
andai kau mahu aku
pastikan takde yg boleh kongsi kamu dengan aku

kongsi bukan aku
tamak baru aku
andai kau ada niat nak pasang madu
jangan datang dekat dengan aku

kongsi bukan aku
tamak baru aku
kasih sayang kau hanya boleh tumpu pada aku
andai mahu berkongsi, aku cuma rela kongsi dgn keluarga kamu

kongsi bukan aku
tamak baru aku




tak tahu



tak tahu
itu jujur ataupun gurauan

tak tahu
apa sebenarnya maksud disebalik katakata

tak tahu
apa mahu kamu yang sebetulnya

tak tahu
apa ada antara kita

yang aku tahu
dalam tak tahu
bisa buat aku senyum
sebab aku ada kamu
tak kira ini betul atau palsu
aku ada kamu buat sementara waktu

maya



maya. maya. maya.
itu yg sering kau sebut.
aku?
tunggul?
aku?
tak cemburu?

maya. maya. maya.
itu yang kau ingat.
aku?
tak wujud?
aku?
bukan depan mata?

pergi. pergi. pergi.
pergi ke maya pujaan.
aku malas nak main dengan perasaan.

pergi. pergi. pergi.
pergi cari maya yg selalu dalam ingatan
jangan patah balik mintak kesian.



fikirlah



pernah fikir andai rezeki ditarik sejenak??
jadi kenapa perlu riak?
kenapa berlagak?
kenapa tamak?
fikir lah sejenak.



Setiap kali abang upload gambar baby tag aku
Hanya mampu klik butang like kat situ
Ingin komen tapi takut kau tak suka cara aku.
Ingin tanya khabar takut pula apa kata kamu
Ingin sangat nak bersua muka tapi apa daya aku
Takut orang mengata aku
Takut pula ada yang cemburu
Semua benda menakutkan aku
Duduk kat sudut doa yg terbaik buat kamu dan keluarga kamu
Itu saja yg aku berani, itu saja yang aku mampu.


flappy bird



Kau itu umpama flappy bird
Dalam benci aku ketagih
Tak boleh hilang khabar berita terlalu lama
Tak sah tak ambil tahu walau terkesan parut dihati
Hampir saja 3 tahun 
Dan aku masih membodoh diri
Sakitkan hati sendiri
Kerana ketagih untuk tahu 
Tak kira jauh mana kau telah maju kehadapan
Aku masih gigih mengintai dari belakang


iman paling lemah



Org ajak main, boleh tahan.
Org ajak shopping, boleh tahan.
Org ajak tidur, boleh tahan.
Orang ajak makan, ya allah bila nafsu makan ni nak berhenti mengahantui diri??


samak



Dalam rumah
Anjing berkeliaran
Rumah nenek. Pasti bukan rumah aku
Penat elak. Dia tetap cari aku untuk jilat.
Suka sangat main samak dengan org melayu, sedangkan dalam rumah ramai lagi cina. 
Dasar anjing bajingan.


aku



Kacukan cina itu aku
Tapi muka sebijik tak tumpah mcm gadis melayu
Kat sarawak tmpt aku belajar boleh jadi iban aku
Duduk dalam kalangan bibik bibik family, boleh jadi jugak aku salah satu.
Macam macam pon boleh jadi aku.
Itu bila org nilai ikut paras rupa aku.


esok




andai  kata hari ini hari terakhir kita lihat dunia
andai kata esok kita tak jumpa orang yg tercinta
andai kata esok ada keluarga yg pergi tinggal kita selamanya
dah siap sedia hadapi semua?
masih boleh tetapkan iman dalam dada?
boleh lagi gagah tanpa salahkan takdir yg dah ditentukan untuk kita?




cerita




hati
gundah gulana
resah gelisah
tak tau nak cerita kat siapa
bentang sejadah
menangis teresak esak
moga moga KAU perkenankan doa aku