Followers

awak tahu tak?



awak, awak tahu apa salah awak?
awak suka nilai orang
berdasarkan pakai makan dia.

awak, awak tahu apa salah awak?
awak suka buat andaian sendiri tentang orang
bilamana awak tak pernah cuba untuk kenal dia

awak, awak tahu apa salah awak?
awak suka cuba untuk bermain dengan perasaan
bukan awak tak tahu betapa dalamnya luka yang pernah ada.

awak, awak tahu apa salah awak?
salahnya awak. awak penting diri.
awak nak cari sempurna untuk diri awak.
awak cuba sini, awak cuba sana.
awak lupa bukan awak seorang je ada perasaan.

awak, awak tahu apa salah awak?
salahnya awak sebab awak suka tengok guna mata
awak tak tengok guna hati.
awak tak jiwai, watak dia sebagai diri sendiri.

awak, awak tahu apa salah awak?
tak. awak tak tahu.
awak jangan cuba angguk kepala pura pura tahu.
awak tak pernah tahu.
awak tak tahu tapi saya tahu.
berapa ramai dah yang taruh perasaan dekat awak.
sebab awak suka cuba cuba.
itu kesalahan paling besar awak.
harap awak sedar.
dan berhenti berlagak macam malaikat turun dari syurga.
berhenti mengubah dan perlu untuk berubah.
sekarang, awak dah tahu apa salah awak?





0 comments:

Post a Comment