Followers

mohon



mohon jangan luahkan benci
mohon jangan depan depan caci

jangan kata kau bosan
jangan kata kau dah tak nak layan

jangan kata kau penat
jangan kata kau dah meluat

jangan. mohon jangan,
aku tak mampu tanggung kebenaran
rela dengan semua jenis penipuan
dengan kondisi hati waktu ini, aku mohon jangan.

boleh cerita kat aku sekarang?



jadi
boleh cerita kat aku sekarang
apa perasaan kau luah rasa dulu kat aku??

jadi
boleh kau cerita sekarang
apa kau rasa layan aku begitu?

jadi
boleh kau cerita sekarang
kau dah buat keputusan dia atau aku?

jadi
boleh kau cerita sekarang
yang sebenarnya semua itu cuma saja saja

boleh?
sekarang?
atau aku harus tunggu dengar cerita dari kawan kawan lagi?
atau mahu tunggu dia cerita tentang korang dua bercinta semanis gula?

cuma perlu satu msg,
bagitahu aku
yang kau tak rasa mcm apa yang kau luahkan
yang kau tak mahu aku mcm mana yang kau bagi harapan

itu saja
agar hari hari aku boleh kembali tenang
sampai bila harus aku tunggu?

T E R I M A K A S I H


untuk persoalan yang bermain dalam kepala

untuk setiap waktu yang aku tertunggu tunggu

untuk setiap rutin yang aku dah terbiasa

untuk setiap kata yang aku percaya dan hadam

untuk kau yang taksemena datangnya

untuk kau yang sekarang tiab tiba menyepi hilang ntah ke mana

untuk semua itu, TERIMA KASIH.

had you ever


had you ever stood still
and think.
why happen?

had you ever stood still
and think.
why me?

had you ever stood still
and think
why so hard?

spend some time think a little bit longer
and you'll fine the perfect answer
and you'll thank people around you
and you'll know why you

but at the first place. never hate, never blame.

hati kering



orang kata aku hati kering

ok.
aku keringkan hati
buat pekak buat tuli
buat tak peduli


aku ke?



tak.
bukan salah dia
dia cuba jadi diri dia

tak
bukan salah hati
hati perlu tempat bersandar yang selesa sekali

tak
bukan salah masa
masa berjalan seperti yang dipertanggungjawabkan padanya

salah sendiri
padan muka sendiri
elak luka sendiri
luka hati yang disayangi

salah sendiri
cuba terlekat dengan kata lelaki
apa lupa dah ke luka dulu yg masih pedih?
apa dah tak ingat janji sendiri pada sendiri?

maaf. untuk semua yang terasa dengan setiap entry di blog usang ini
maaf. cerita disini bukan hanya cerita aku dan dia.
maaf. dalam entry ada terselit cerita teman aku dan teman lelaki
maaf. blog ini juga ada kisah makcik jual sayur yg bercerai dengan suami dia sebab pihak ketiga

aku ke perlu minta maaf?
andai ada hati yang terguris dengan entry di blog ini?

aku ke perlu minta maaf?
andai ada yang tersinggung kerana kata kesat yang aku coretkan di sini?

aku ke perlu minta maaf?
ini ruang aku, bukan?
ini blog aku, bukan?

tapi andai perlu,
aku mohon seribu kemaafan.
andai ada yang dah terluka dengan entry ini
andai ada yang terasa dengan kata kata keji yang ada di sini'





biar, jangan



biar compang camping pakaian kita
biar lapar perut kita
biar hodoh muka kita

jangan hodoh akhlak kita
jangan cetek akal kita
jangan busuk hati kita

you love me not?



you hold her hand
you kiss her lips

you turn back and say sorry

you take her to dinner
you drive her home

you turn back and say sorry

am i the one who you feel sorry for?

pilih memilih



kau ada pilihan
dia atau aku

aku cuma boleh pilih
mahu atau tidak mahu

jadi?
aku bina tembok seteguh klcc
aku lukis garis setebal kamus
aku katub hati ini seketat ketatnya

dalam keliru aku mahu pilih
telah pon tersakit melihat kau memilih

bagitahu aku




bagitahu aku
berapa banyak kali lagi
aku perlu halau orang orang yang aku sayang pergi

bagitahu aku
berapa banyak kali lagi
aku nak pura pura tak kisah lagi

bagitahu aku
bila baru boleh berhenti
bersaing untuk dapatkan setitis kasih

bagitahu aku
letih sudah aku
takut sudah aku
sedih aku

bagitahu aku...
sampai bila??

bagitahu aku...........

jangan, hati




hati
jangan menangis
bukan waktu ini
bukan atas sebab ini
jangan tunjuk lemah
jangan rebah

aku akan lari



cuba lagi
datang dekat aku
kali ini
aku takkan tunggu
aku akan lari

cuba lagi
cuba cuba aku
kali ini
aku takkan peduli
aku akan lari

cuba lagi
terus ganggu aku
kali ini
aku takkan ragu
aku akan lari

cuba lagi
tunjuk mengada kamu
kali ini
aku pasti
aku tak nak kawan kau lagi

cuba lagi
bukan penyabar aku
rimas ada makhluk macam kamu
yang mahu cuba cuba aku

cuba lagi
bukan tapak persinggahan kamu, aku
bukan jugak destinasi kamu, aku
aku akan lari.

matahari



bulan ada bintangnya

lamgit ada awannya

aku? tak ada siapa

matahari ibarat dia

gagah sendiri dan terus bersinar

degil



kita tak pekak
kita tak buta
tapi kita degil
itu salah kita

buat hati aku



buat hati yang gundah gulana
buat hati yang selalu terluka
teruskanlah berfungsi
aku masih perlukan kau lagi

anjing!!!



teman aku pergi kencing?
ok

buatkan aku kopi?
ok.

jadilah kau, dia punya anjing

ikut hendak dia bukan mahu sendiri

tak pandai



aku tak pandai bungakan kata-kata
aku tak reti nak susun ayat cantik cantik
tak bermaksud aku tak ada rasa
tak bererti aku tak ada jiwa

surat untuk encik bekas penakluk hati



awak,
apa khabar?
awak sihat?
lama kita tak berhubung.
bertahun jugak lahh kan?
awak rindu saya?
saya rindu awak.
rindu keluarga awak
rindu dengar cerita mak awak, kakak awak, abang awak.
baby aqil mesti dah besar kan? dulu awak selalu cerita awak jaga dia. bagi mandi, basuh berak salin pampers semua.
abang awak pon dah ada baby kan? cepatnya masa berlalu. rasa mcm baru je lagi dia hantar jemputan kahwin.
i would be so excited if you willing to spend sometime to tell me about all these.

ok. panjang pulak bebel. itu bukan tujuan utama.
tp sebab dah lama sangat kita tak bersembang, mukadimah pon dah panjang berapa kilometer.

awak,
sebenarnya saya nak cerita.
semalam saya ada baca satu article ni
saya scroll FB ada orang share, saya tertarik untuk baca
article tentang  putuskan silaturahim dengan sengaja
ya, sata tau itu perkara yang tak baik
dulu mama selalu pesan dosa tak bertegur 3 hari
tapi semalam, article tu cerita lebih daripada dosa
dia ada cerita, nabi benci umat yang putuskan silaturahim
dia ada jugak cakap tentang balasan balasan terhadap golongan ni
saya takut lah awak.
terus saya teringat kat awak
dah lama sejak saya cakap taknak kawan dengan awak

maaflah.
terlalu emosi waktu itu
terlalu sakit awak buat saya
sekarang saya dah tahu saya salah
saya cuba nak cari awak sebenarnya
tapi saya ada tertengok twitter awak
awak dah pon ada pengganti saya
takpe. saya ok. saya dah ok dengan semua tu.
cuma saya takut nak ganggu awak lagi
saya pon perempuan, saya tahu apa dia akan rasa, apa dia fikir,
kalau saya approach awak balik tiba tiba

jadi, kat sini,
saya cuma nak kata
saya nak kawan awak balik
tapi saya taknak mengganggu
cuma nak cakap, kalau awak ada masa lapang,
boleh ke kita lepak mamak sama sama lagi?
tengok bola team feberet kita dua mungkin?
sambil layan cheese naan sambil gosip berbual boleh?

awak,
saya tak tahu kalau awak akan baca surat ni
dekat blog usang saya yang dulu awak rajin singgah
belek-belek, baca-baca, mentelaah setiap kata-kata saya
tapi sekarang semuanya dah berbeza.
andai awak baca, saya tunggu awak ada masa lapang untuk type 'hai' atau 'assalamualaikum' dekat whatsapp dan send pada saya.
saya tunggu.
tapi kalau awak dah tak pernah singgah lagi dekat blog usang saya,
saya mintak maaf saya takkan cari awak dulu tanpa sebab.
keadaan kita terlalu jauh berbeza sekarang.
mungkin saya boleh tunggu kad jemputan kahwin awak?
apa-apa sahaja yang dapat hubungkan kita dua, saya tunggu.
sampai bila-bila. memang dah jadi rutin sejak 3 tahun lepas. untuk terus tunggu awak.

yang ikhlas:
saya yang sangat rindukan kita :')

untuk semua itu



bila ada orang tahu kau berbanding aku
bila ada orang dapat perhatian kau lebih daripada aku
bila kau pilih untuk berkongsi dengan orang lain tapi bukan aku
untuk semua itu,
aku cemburu

janji dengan aku



janji dengan aku
mana pon kau pergi
bawa aku sekali
genggam tanggan aku jangan lepas lagi
aku taknak ditinggal lagi

janji dengan aku
susah kau jangan simpan sendiri
bawa aku sekali
genggam tangan aku janga lepas lagi
aku tak suka kau sedih sendiri

janji dengan aku
cerita kita tak ada yang ketiga
cuma aku saja
percaya tuhan kita
cerita dekat dia

janji dengan aku

cemburu



aku tak suka\saat ditinggalkan
saat berjauhan
tak kira betapa orang kata kita takkan ada tandingan
tempat kita pasti akan digantikan

aku cemburu

takkan terpedaya




luahkanlah semanis manis ayat cinta yang kau ada

katakanlah keikhlasan kau seperti langit luasnya

tunjukkanlah kesungguhan macam laut dalamnya

aku tetap dengan pendirian aku sahaja

aku takkan terpedaya

hati



disaat kita cuba elak untuk hati disakiti
terkadang kita terguris hati yang disayangi

disaat kita cuba 7untuk elak daripada jatuh hati
saat itu kita akan jatuh teruk sekali
 hati

boyfriend baru aku ghaib



waktu makan, sebelum tidur, ketika celik mata
tercari-cari berita
bb ditangan tak berhenti ditekan
semoga diketemukan
agar terhenti teka teki satu dunia
semoga berkurang bimbang kenalan mangsa

MH370, itu umpama boifren baru aku

dalam hidup ini



dalam hidup ini
kau tak selalunya betul
ada kala salah
kau kena sedar

dalam hidup ini
kau takkan dapat kejar sempurna
ada tempat kau ada cela
kau kena terima

dalam hidup ini
kau tak boleh selalu di atas
ada waktu kau jatuh rebah
kau kena tabah

dalam hidup ini
kau tak boleh selalu tamak
ada masa kau kena bersederhana
kau kena bersyukur

dalam hidup ini
kau tak boleh selalu gembira
ada ketika kau akan sedih
kau renungkan lah

dalam hari hari
perlu untuk sedar diri
perlu untuk hargai
perlu untuk sedar

didik hati



didik hati untuk terus tabah lagi

didik hati untuk tak jatuh lagi

didik hati untuk tak cemburu buta lagi

didik hati untuk terus berfungsi hanya sebagai hati


sendiri itu tuhan



sendiri itu tuhan
sana sini cari kesalahan
salah sendiri dibetulkan
syurga neraka orang, kita yang tentukan


sendiri itu tuhan
paling hebat, paling berkuasa
pijak dibumi tak rasa tanah dipijaknya
hidung angkat cecah langit tingginya

sendiri itu tuhan
kau renung renungkan
apa kau lupa kau bakal balik pada tuhan?
apa kau lupa oksigen yang disedut pon pinjam dari tuhan?

berlagak sendiri itu tuhan
sedar sedar lah kawan.

sepucuk surat ingin minta maaf


dear: encik bakal suami

sepucuk lagi surat untuk awak yang ntah kat mana
surat ntah awak akan jumpa atau tidak

awak,
saya nak minta maaf
atas semua salah saya
sebelum saya bertemu dengan awak.

maaf saya tak jaga hati saya dengan baik
awak terpaksa terima hati bertampal compang camping sana sini saya

maaf saya tak jaga diri saya dengan baik
kalau nanti bila kita dah berjumpa berkenalan,
awak dengar rumors tak baik tentang saya
harap awak tabah telan semua

maaf saya terlalu leka dan pentingkan diri
maaf saya terlalu lambat untuk matang
maaf saya terlalu ayik dalam dunia sendiri
maaf saya dah banyak buat pantang larang

maaf ni mungkin tak berguna untuk masa sekarang
maaf ni mungkin awak tertanya tanya kenapa
tapi maaf ni akan awak faham apa sebabnya nanti
tapi maaf ini akan saya panjangkan huraian bila kita berjumpa nanti
mungkin maaf ni akan saya ceritkan A-Z bila kita dah bergelar suami isteri

yang ikhlas: saya yang masih perbaiki diri



bosan



kau rindu?
bukan!!!
itu ertinya bosan
bila takde yang melayan
kau mintak aku penuhkan notifikasi kat henfon dalam tangan
aku layankan
kita kawan
walau lu punya perangai serupa setan
gua ok, gua takkan tangkap cintan
tapi lu kalau boleh ubah sikit perangai tacap bagi sopan
baru nampak tampan luaran dan dalaman

sabar



bila senang ditinggal tinggalkan

bila susah datang mintak pertolongan

aku diam perhatikan

perangai engko ni agak boleh tahan

nyah kau jantan!!!!



kau jadikan aku salah satu pilihan
kau luahkan perasaan
aku buat tak perasan
aku tau kau pandai ambil hati perempuan
aku tak nak jadi mainan
sebelum kau tinggalkan kesan
nyah kau dari kotak fikiran.!!!

termampu



baring kaku

hati sayu

aku layu

mati kutu

sedih pilu

habis cerita aku

tak tahu kat siapa nak bagitahu

berat gajah ditanggung hati aku

sebak nak nangis tak tahu mana nak nyorok muka aku

biarkan masa berlalu

berdoa yang terbaik buat semua kesayangan aku

itu je yang aku mampu




abah mama



waktu meratah usiamu
sakit memakan dirimu
namun kau tetap disitu
sudi menjadi hero aku
ntah bila bisanya aku mengganti tempatmu
menanggung  penat lelahhmu
jadi tempat bersandar untuk kamu
jdi bumbung melingdungi kamu
beri kebahagiaan untuk kamu
doakan aku. 
:')

memang



memang lumrah manusia
suka di manja manja

memang dah nama perempuan
selalu taruh harapan.