Followers

aku ke?



tak.
bukan salah dia
dia cuba jadi diri dia

tak
bukan salah hati
hati perlu tempat bersandar yang selesa sekali

tak
bukan salah masa
masa berjalan seperti yang dipertanggungjawabkan padanya

salah sendiri
padan muka sendiri
elak luka sendiri
luka hati yang disayangi

salah sendiri
cuba terlekat dengan kata lelaki
apa lupa dah ke luka dulu yg masih pedih?
apa dah tak ingat janji sendiri pada sendiri?

maaf. untuk semua yang terasa dengan setiap entry di blog usang ini
maaf. cerita disini bukan hanya cerita aku dan dia.
maaf. dalam entry ada terselit cerita teman aku dan teman lelaki
maaf. blog ini juga ada kisah makcik jual sayur yg bercerai dengan suami dia sebab pihak ketiga

aku ke perlu minta maaf?
andai ada hati yang terguris dengan entry di blog ini?

aku ke perlu minta maaf?
andai ada yang tersinggung kerana kata kesat yang aku coretkan di sini?

aku ke perlu minta maaf?
ini ruang aku, bukan?
ini blog aku, bukan?

tapi andai perlu,
aku mohon seribu kemaafan.
andai ada yang dah terluka dengan entry ini
andai ada yang terasa dengan kata kata keji yang ada di sini'





0 comments:

Post a Comment