Followers

dalam hidup ini



dalam hidup ini
kau tak selalunya betul
ada kala salah
kau kena sedar

dalam hidup ini
kau takkan dapat kejar sempurna
ada tempat kau ada cela
kau kena terima

dalam hidup ini
kau tak boleh selalu di atas
ada waktu kau jatuh rebah
kau kena tabah

dalam hidup ini
kau tak boleh selalu tamak
ada masa kau kena bersederhana
kau kena bersyukur

dalam hidup ini
kau tak boleh selalu gembira
ada ketika kau akan sedih
kau renungkan lah

dalam hari hari
perlu untuk sedar diri
perlu untuk hargai
perlu untuk sedar

0 comments:

Post a Comment