Followers

sepucuk surat ingin minta maaf


dear: encik bakal suami

sepucuk lagi surat untuk awak yang ntah kat mana
surat ntah awak akan jumpa atau tidak

awak,
saya nak minta maaf
atas semua salah saya
sebelum saya bertemu dengan awak.

maaf saya tak jaga hati saya dengan baik
awak terpaksa terima hati bertampal compang camping sana sini saya

maaf saya tak jaga diri saya dengan baik
kalau nanti bila kita dah berjumpa berkenalan,
awak dengar rumors tak baik tentang saya
harap awak tabah telan semua

maaf saya terlalu leka dan pentingkan diri
maaf saya terlalu lambat untuk matang
maaf saya terlalu ayik dalam dunia sendiri
maaf saya dah banyak buat pantang larang

maaf ni mungkin tak berguna untuk masa sekarang
maaf ni mungkin awak tertanya tanya kenapa
tapi maaf ni akan awak faham apa sebabnya nanti
tapi maaf ini akan saya panjangkan huraian bila kita berjumpa nanti
mungkin maaf ni akan saya ceritkan A-Z bila kita dah bergelar suami isteri

yang ikhlas: saya yang masih perbaiki diri



0 comments:

Post a Comment