Followers

surat untuk encik bekas penakluk hati



awak,
apa khabar?
awak sihat?
lama kita tak berhubung.
bertahun jugak lahh kan?
awak rindu saya?
saya rindu awak.
rindu keluarga awak
rindu dengar cerita mak awak, kakak awak, abang awak.
baby aqil mesti dah besar kan? dulu awak selalu cerita awak jaga dia. bagi mandi, basuh berak salin pampers semua.
abang awak pon dah ada baby kan? cepatnya masa berlalu. rasa mcm baru je lagi dia hantar jemputan kahwin.
i would be so excited if you willing to spend sometime to tell me about all these.

ok. panjang pulak bebel. itu bukan tujuan utama.
tp sebab dah lama sangat kita tak bersembang, mukadimah pon dah panjang berapa kilometer.

awak,
sebenarnya saya nak cerita.
semalam saya ada baca satu article ni
saya scroll FB ada orang share, saya tertarik untuk baca
article tentang  putuskan silaturahim dengan sengaja
ya, sata tau itu perkara yang tak baik
dulu mama selalu pesan dosa tak bertegur 3 hari
tapi semalam, article tu cerita lebih daripada dosa
dia ada cerita, nabi benci umat yang putuskan silaturahim
dia ada jugak cakap tentang balasan balasan terhadap golongan ni
saya takut lah awak.
terus saya teringat kat awak
dah lama sejak saya cakap taknak kawan dengan awak

maaflah.
terlalu emosi waktu itu
terlalu sakit awak buat saya
sekarang saya dah tahu saya salah
saya cuba nak cari awak sebenarnya
tapi saya ada tertengok twitter awak
awak dah pon ada pengganti saya
takpe. saya ok. saya dah ok dengan semua tu.
cuma saya takut nak ganggu awak lagi
saya pon perempuan, saya tahu apa dia akan rasa, apa dia fikir,
kalau saya approach awak balik tiba tiba

jadi, kat sini,
saya cuma nak kata
saya nak kawan awak balik
tapi saya taknak mengganggu
cuma nak cakap, kalau awak ada masa lapang,
boleh ke kita lepak mamak sama sama lagi?
tengok bola team feberet kita dua mungkin?
sambil layan cheese naan sambil gosip berbual boleh?

awak,
saya tak tahu kalau awak akan baca surat ni
dekat blog usang saya yang dulu awak rajin singgah
belek-belek, baca-baca, mentelaah setiap kata-kata saya
tapi sekarang semuanya dah berbeza.
andai awak baca, saya tunggu awak ada masa lapang untuk type 'hai' atau 'assalamualaikum' dekat whatsapp dan send pada saya.
saya tunggu.
tapi kalau awak dah tak pernah singgah lagi dekat blog usang saya,
saya mintak maaf saya takkan cari awak dulu tanpa sebab.
keadaan kita terlalu jauh berbeza sekarang.
mungkin saya boleh tunggu kad jemputan kahwin awak?
apa-apa sahaja yang dapat hubungkan kita dua, saya tunggu.
sampai bila-bila. memang dah jadi rutin sejak 3 tahun lepas. untuk terus tunggu awak.

yang ikhlas:
saya yang sangat rindukan kita :')

0 comments:

Post a Comment