Followers

kita dua



kalau kita, mesti lah berdua
kalau seorang, orang kata saya.
bukan kita.

jadi ini kisah kita berdua
kisah upin ipin.
hahaha..

tak.

ini kisah kita berdua
aku  tak tahu nak cerita kat siapa
aku simpan, ye. tp rasa terseksa
jadi aku biarkan je
tapi rasa itu tetap sama


curang depan



memang aku cua kawan

tapi aku asa macam dah kena curang depan

sakit perit aku simpan

maafkawan

kat sini aku pilih untuk luahkan


ego



menara KL? tak, tinggi lagi
gunung kinabalu? bukan! tinggi lagi
tembok China? salah! teguh lagi.

ingat seronok bela ego mcm bela babi?
kalau ada ubatm, bagi turun sikit ego,
aku beli!
berapa pon harga, AKU BELI!!


ulang



kau kata kau sayang
aku percaya
kau curang
aku kunci hati

dia datang
kata sayang
aku percaya
dia curang
aku kunci hati

ulang lagi, ulang lagi
hati ini selagi boleh dibuat uli-uli
ulang!!!!!

hasad dengki

aku tak suka itu ini
Aku cemburu itu ini
Aku diam, aku pergi
Rasa ini beranak pinak dalam diri
Memang aku bukan seorang yang mulia hati
Kerana dalam diri disalut hasad dengki



#*#*



biar diri
makan sendiri
telan sendiri
bukan tak biasa sebelum ni

sayang, sudah terlambat



andai boleh aku
bina tembok dinding 
pada hati aku
sayang, sudah terlambat.
yang ada kini cuma hati hancur sekeping. 

option





aku cuba hargai setiap nasihat
aku cuba hargai setiap msg yang masuk setiap hari
aku cuba hargai rasa yang dikongsi
sehinggalah ada perempuan lain yang cerita benda sama
dan aku rasa aku cuma option dalam mainan seorang lelaki



ditipu lagi



setiap orang yang datang
cuba untuk luahkan rasa sayang
akhirnya tinggalkan diri ini
untuk bersama kekasih hati

wahai hati, berapa kali kau nak relakan untuk ditipu lagi??

tidur



malam
pada engkau aku selalu harapkan
disaat mata oejam
semua mimpi aku harap jadi kenyataan


tunggu





disetiap kereta yang masuk
aku hitung hitung dan aku tengok
ada benda buat aku tertunggu tunggu
apa dia pon aku tak tahu


kisah cemburu



siapa tak cemburu tengok orang dia sayang ada orang lain di hati

orang yang diutamakan letak diri pada tempat terakhir

orang yang kita yakin nak kat kita masih ada hati kat kekasih lama

orang yang kita angankan untuk bersama sebenarnya reply msg semua perempuan manja manja

siapa tak cemburu? kau bagitahu aku??

perempuan simpanan



disimpan cuma dalam satu ceruk dihati
dihargai cuma bila tak ada yang peduli
disayang cuma bila terasa sunyi


kisah penumpang lagi



Dan penumpang ini
Baru bangun dari mimpi
Dia baru sedar diri
Diri perlu berdikari
Kerana yang memberi tumpang itu takkan selamanya ada disisi

surrender




makan duit
aniaya orang
cipta fitnah

dengan pangkat yang kau ada
dengan duit yang kau dah banyak makan
kau sogok tutup mulut orang

aku surrender
biar tuhan balas kat sana

miskin



miskin.

bukan bila kau tak ada duit belanja

atau

pada barang kemas yang kau tak ada

tapi

miskin itu

bila kau tak mampu memberi

bila kau tak mampu berkongsi

apabila kau diberi rezeki

kau miskin dalam hati

aku bodoh



jika pandai itu cuma atas kertas
dinilai melalui peperiksaan
dilihat pada pointer yang dapat
ye. aku bodoh.

bangsat! sampah!



bangsat negara
sampah dunia
teruskan menganiaya
pangkat darjat salah guna
duit orang ditelan semua
apa kau fikir dunia ni kau punya?
ingatlah semua ini cuma sementara

jangan bangang



jangan bangang
sibuk tepi kain orang
hati yang sakit hati sendiri

jangan bangang
harapan tinggi pada orang
yang jatuh parah nanti diri sendiri

jangan bangang
tuduh fitnah orang
tambah dosa sendiri

jangan bangang
cari gaduh dengan orang
yang rugi diri sendiri

jangan bangang
kacau periuk nasi orang
yang binasa itu sendiri

jangan bangang
luahkan rasa pada orang
yang terluka itu sendiri

jangan bangang
fikir panjang

jangan jadi bangang
jadi orang yang cemerlang


lagi



memang aku dah terbiasa,
biarkan orang ambil hak kita
sebab percaya tuhan ada
tak akan dapat dirampas kalau benar dia untuk kita
nampak gaya kau pon bakal pergi juga
hanya boleh lihat dan relakan saja
walaupun hati ada sedikit terluka
maaf, aku tak pernah luahkan rasa



selamat hari jadi



untuk engkau yang tak semena, entah sejak bila
yang dah jadi antara orang penting bagi aku

untuk engkau yang ntah dari mana, 
selalu seludup masuk berlegar legar dalam kepala aku

untuk engkau yang suka hati nak tak nak layan aku
dan aku biarkan sahaja

Selamat Hari Jadi

yang ke berapa aku tak pasti.
sebab kita lahir pada tahun yang berbeza.

aku



aku mungkin tak sehebat bakal engineer
aku mungkin tak alim macam orang yang selalu ke majlis agama
aku mungkin tak bergaul dengan bakal lawyer
aku mungkin tak bercita cita tinggi nak bawak kereta ferrari
aku mungkin tak pernah rebut nak kerja gaji lima puluh ribu

jauh aku pergi
pergi jelajah
lihat dunia
menimba ilmu bukan sahaja dalam buku
yang aku dapat mungkin bukan empat rata
yang kau lihat mungkin sijil yang penuh C saja

tapi

aku belajar apa yang kau tak mampu bayar walau gaji kau berjuta
aku bergaul dengan mereka yang orang lain pandang sampah
aku berkenalan dengan manusia yang kau tak pernah tahu wujudnya mereka
aku belajar daripada mereka yang tak terpelajar

ye. aku tahu.
aneh bukan??

aku dah lihat orang yang jatuh dari setinggi tinggi klcc
aku juga berkenalan dengan manusia yang bangun dari koma
aku dah nampak hodohnya hipokritasi dunia
aku dah kenal bongkaknya manusia riak
aku juga ada kenal dengan manusia yang penuh ilmu agama didada
sehinggakan mereka yang menetapkan orang lain punya syurga neraka

dan

aku bersyukur
aku cuma sederhana
aku mungkin hina
aku biarkan saja
tak apa
teruskan riak
teruskan mengata
aku duduk, senyum saja
sikit pon tak tergugat dngan kata kata
manusia yang jalan tak jejak tanah nyata
biar aku kenal aku siapa
aku tahu mahu aku apa
aku kenal tuhan aku siapa
kalau ada rezeki kau jadi jutawan di dunia
mungkin rezeki aku di ceruk dunia sana
siapa tahu andai jodoh aku dengan cucu raja
melampau pula berangannya.
:)


hilang



hilang
engkau rasa, aku rasa, dia rasa, mereka rasa

tapi dicurang
hanya aku tahu sakitnya