Followers

terdetik



pernah terdetik nak fikirkan mereka?
mereka mereka yang menjadi peniaga
yang buka warung cuma ditepi jalan sana
di saat hujan petir melanda.
tabah dan peyabar mereka semua
bukan gitu?



p/s: terjaga dari tidur petang dikejutkan oleh azan asar dan hujan petir diluar.

biarkan



biarkan matahari bakar kulit
hitam jadi

biarkan hujan basahkan diri
panau jadi

biarkan kaki tenggelam dalam lecak
kotor jadi

biarkan nampak comot diri ini
biarkan nampak tak tahu jaga diri
biarkan nampak hodoh diri ini
biarkan tak ada make up nampak macam tak mandi

sebab aku bosan dengan lelaki
yang kejar cuma sebab rupa ini



lali



benda yang buat kau takut untuk terus maju lagi
perkara yang sering kau rasa sakit lagi dan lagi
ulang lagi ulang lagi
buat lagi buat lagi
lawan lagi lawan lagi
sampai kau lali
saat itu, kau dah berjaya buang rasa itu dari dalam diri





p/s: now listening to dadali-disaat aku mencintaimu


tanya hati



apa kau puas hati
sakitkan hati orang lain
bila kau sedang sakit hati?

apa itu yang kau didik hati
untuk simpan dengki jadi dendam
bila hati kau sedang tak tenteram?

tanyalah diri sendiri

sini



sini tak ada fitnah gempak
untuk lancarkan trafik

sini tak ada gosip hantgat
untuk ramaikan pengunjung

sini tak ada giveaway
untuk banyakkan follower

sini langsung bukan tempat buat kawan

sini tak ada yang menjemput membaca]
jadi kalau singgah jangan belakang mengata
kalau ada yang tertanya tanya kotak komen ada


campur aduk



kau nak bercinta, tapi takut dosa

kau nak kawen tapi orang kata masih muda

kau dah ada pilihan hati tapi mak ayah kata itu mainan perasaan saja

macam macam rasa campur aduk

yang kau tahu, kau perlukan seseorang disisi untuk sokong segala gerak geri dan bukannya mengutuk mencaci


sex



sex.

kau boleh beli hati seseorang

kau boleh beli syurga seseorang

kau boleh beli agama seseorang

kau boleh tempah neraka untuk sendiri

sex boleh dibuat urusniaga dengan akhirat.


berhenti



kita berhenti menjadi teman rapat
bila kita berhenti ambil kisah tentang makan minum sesama kita

dan

kita berhenti menjadi teman
bila kita dah berhenti bercakap sesama kita

nampak remeh, tapi pengakhiran dia sakit bukan?

banyak cakap




cuba satu ketika kau berhenti bercakap.
takkan ada orang pon akan anggap kau lembap
kalau banyak cakap pon tak menunjukkan kau cekap
cakap tak gunakan otak lagi terserlah kau tu bengap






cinta ke syurga



cinta...

bukan bila kau takut hilang dia

atau

bila kau cemburu buta

tapi cinta

bila kau tadah tangan atas sejadah kau sebut nama dia

cinta biarlah membawa ke syurga

dan bukan melayan nafsu durjana

mahupun bila kau tewas dengan hasutan setan celaka



kisah penumpang lagi


baru hari ini
penumpang ini sedar
dia tak menumpang sepenuhnya
dia peroleh hasil daripada usahanya
syukur, penumpang ini bukan free rider.



p/s: sakitnya hati kerja dengan free rider bila dia fikir cuma dia saja ada banyak kerja.